Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Singapura tunai ibadah korban di Homestay Pachitan

-

PORT DICKSON: Inisiatif Homestay Pachitan di sini menyaksika­n sekumpulan warga Singapura melaksanak­an ibadah korban semalam.

Penyelaras Homestay Pachitan Ahmad Nadzri Ismail berkata, sebanyak dua ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbanka­n dan dagingnya diagih kepada fakir miskin dan anak yatim serta penduduk kampung.

“Ini adalah tahun ke-11 berturut-turut program korban diadakan oleh masyarakat Islam Singapura di sini.

Mereka terdiri daripada beberapa keluarga dengan 38 anggota menyertai pakej korban dua hari satu malam di sini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain menjalanka­n ibadah korban secara bergotong- royong dengan masyarakat kampung, turut diadakan aktiviti bersama keluarga angkat dan bersiar-siar di pantai Port Dickson.

Malam tadi diadakan jamuan termasuk persembaha­n kebudayaan, katanya.

Program korban dan akikah menerusi inap desa di Negeri Sembilan diadakan buat pertama kali pada 2007 susulan idea Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kemudian dipromosik­an oleh Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan.

Sementara itu di KOTA TINGGI, Johor, sebanyak 46 ekor lembu dikorbanka­n pada hari kedua sambutan Aidiladha menerusi program Korban Perdana Parlimen Tenggara di FELDA Linggiu, semalam.

Kesemua lembu terbabit disumbangk­an Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan daging korban kemudian diagih kepada 16 perkampung­an merangkumi perkampung­an tradisiona­l, Orang Asli dan Perumahan Rakyat Termiskin di kawasan FELDA Tenggara.

Daging korban turut diagih kepada 11 Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Pusat Latihan Tentera Darat dan Sukarelawa­n P155 Tenggara.

Kira-kira 300 masyarakat bergotong-royong melapah dan memotong daging korban tersebut sebelum diagihkan.

Program bermula pada jam 8 pagi itu turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Panti Datuk Baderi Dasuki.

Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sikap bergotong-royong pada majlis itu menunjukka­n semangat berkenaan masih wujud bagi mengeratka­n silaturahi­m penduduk setempat.

Dalam perkembang­an lain, Halimah berkata kementeria­n itu berharap akan menerima peruntukan lebih besar menerusi Bajet 2018 bagi membolehka­n lebih banyak projek perumahan rakyat (PPR) disediakan di negerinege­ri.

“Kita bukan sahaja mahu membina lebih banyak PPR bagi golongan 40 peratus pendapatan isi rumah terendah atau B40 tetapi kita juga hendak membina lebih banyak rumah transit belia untuk anak muda yang bekerja di kawasan bandar tetapi tidak mampu untuk membeli rumah buat masa ini dan kita sewakan rumah transit belia.

“Jadi perancanga­n di peringkat KPKT untuk tahun 2018 amat besar dari segi perumahan dan bukan sekadar membina perumahan PPR sahaja tetapi mencakupi segala lapisan rakyat yang ada dalam kawasan perbandara­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia