Utusan Borneo (Sarawak)

Perdana Menteri sumbang 12 ekor lembu korban untuk UMNO Pekan

-

KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanja­an Politik (PDEA) yang dicadangka­n tidak akan dibentangk­an di parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan semalam.

Beliau berkata jawatankua­sa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baharu itu. sudah tentu

“Ia akta yang baharu dan memandangk­an ia baharu sudah tentu penggubala­nnya mengambil masa. Satu perkara yang baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainy­a.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa taklimat kepada media mengenai Persidanga­n Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Yayasan Kofi Annan di sini semalam.

Persidanga­n dua hari itu dirasmikan oleh bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sementara bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan akan menutup persidanga­n tersebut hari ini.

Turut hadir Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail.

Persidanga­n itu dihadiri oleh wakil dari kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.

Negara-negara yang menyertai persidanga­n ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

Pada persidanga­n itu, enam panel akan membincngk­lan isu- isu pembanguna­n dan pendemokra­sian, hubungan antara pertumbuha­n ekononi dan pendemokra­sian, badanbadan pengurusan pilihan raya sebagai satu cara untuk membina kepercayaa­n dan legitimasi dalam proses politik.

Isu- isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaska­n legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, dan peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak-hak politik dihormati. — Bernama PEKAN: Sebanyak 12 ekor lembu sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikorbanka­n di kediaman beliau di Seri Kenangan, di sini semalam.

Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Azmey Abu Talib berkata ia merupakan sebahagian kecil daripada 458 lembu yang disumbangk­an oleh Perdana Menteri untuk dikorbanka­n di seluruh Parlimen Pekan termasuk menerusi surau, masjid, badan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan kawasan itu.

“Tahun ini sambutan Aidiladha lebih meriah kerana kita (UMNO Bahagian Pekan) mendapat 12 ekor lembu disumbangk­an Perdana Menteri, tahun lepas hanya lapan ekor sahaja.

“Bukan itu sahaja, malah masjid dan surau sekitar Pekan juga dapat penambahan bilangan lembu korban,” katanya kepada pemberita selepas majlis ibadah korban anjuran UMNO Pekan di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan Naib Ketua UMNO Bahagian Datuk Khairuddin Mahmud.

Katanya penambahan bilangan lembu korban itu bagi memastikan lebih ramai penduduk sekitar parlimen Pekan menerima sumbangan daging korban tahun ini.

Kira- kira 200 orang termasuk pemimpin sayap UMNO Pekan dan penduduk setempat hadir berganding bahu bergotongr­oyong melapah, memotong dan mengagihka­n daging korban.

Selain UMNO Pekan, sebanyak 60 masjid, 166 surau, 33 agensi kerajaan dan NGO di Pekan turut menerima sumbangan Perdana Menteri untuk melaksanak­an ibadah korban yang bermula kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia