Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico mengesahka­n slot ke Piala Dunia 2018

-

KOTA MEXICO, Mexico: Mexico menjadi pasukan kelima yang mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 tetapi Amerika Syarikat (AS) tewas mengejut di tempat sendiri kepada Costa Rica, sekali gus menjejaska­n kempen kelayakan mereka Jumaat lepas.

Tandukan Hirving Lozano pada minit ke-53 sudah memadai buat Mexico untuk menewaskan Panama 1-0 di Stadium Azteca dan layak ke Piala Dunia buat kali ketujuh berturut-turut.

Mexico menyertai Brazil, Jepun dan Iran, selain Rusia yang merupakan pasukan tuan rumah ke Piala Dunia 2018.

Kemenangan juga menyaksika­n Mexico mendahului kumpulan kelayakan terakhir yang melibatkan enam pasukan Zon CONCACAF, dengan 17 mata dari enam perlawanan.

Ia bermakna mereka dijamin salah satu slot automatik ke Piala Dunia – dengan dua lagi slot menjadi rebutan.

Tetapi ketika Mexico meraikan kelayakan ke Rusia, musuh ketat, AS, kini perlu berusaha lebih kuat lagi selepas kedudukan mereka menjadi sukar dengan kekalahan 0-2 kepada Costa Rica pada perlawanan di New Jersey.

Kemenangan membolehka­n Costa Rica melonjak ke tangga kedua dengan 14 Pemain dan kru pasukan Mexico meraikan gol jaringan Lozano pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Panama di Stadium Azteca, Mexico. mata, sementara AS masih mengekalka­n tempat ketiga dengan lapan mata dari tujuh perlawanan.

AS bagaimanap­un berkongsi mata dengan Honduras, lawan AS minggu hadapan dalam apa yang merupakan perlawanan sengit di antara kedua-dua negara.

Marco Urena menjadi wira Costa Rica pada perlawanan berlangsun­g di Red Bull Arena, di mana sejumlah besar penyokong mereka membanjiri stadium yang boleh memuatkan 25,000 tempat duduk, menyebabka­n perlawanan itu seperti perlawanan di gelanggang lawan buat AS.

Urena menjaringk­an dua gol untuk memastikan Costa Rica mencatatka­n kemenangan pertama dalam kempen kelayakan Piala Dunia di AS sejak 1985.

Urena mengambil sepenuh kesempatan dari kealpaan benteng pertahanan AS untuk membuka jaringan pada minit ke-30 dan sekali lagi menghukum kesilapan benteng pertahanan lapan minit sebelum tamat permainan.

Kekalahan – yang pertama pada perlawanan kompetetif buat jurulatih AS, Bruce Arena sejak mengambil alih pasukan tahun lepas – menyebabka­n kempen AS ke Rusia belum terjamin.

Arena harus mengubah prestasi pasukan untuk perlawanan menentang Honduras minggu hadapan.

“Kami perlu menganalis­is perlawanan ini dan membuat persediaan yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya,” kata Arena. “Tetapi apa yang jelas, malam ini benar- benar mengecewak­an. Hidup bagaimanap­un harus diteruskan. Ia adalah cara anda menanganin­ya. Anda tidak dapat menang semua perlawanan. “Malam ini bukan malam kami. Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami masih ada baki tiga perlawanan lagi dan kami masih berada di kedudukan untuk layak ke Piala Dunia.” Pada perlawanan lain, Honduras menewaskan Trinidad dan Tobago 2- 1. — AFP JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Nigeria membelasah juara Afrika, Cameroon untuk menghampir­i kelayakan ke Piala Dunia 2018 tetapi Ghana seri dan Afrika Selatan tewas pada perlawanan kelayakan Zon Afrika Jumaat lepas.

Victor Moses dan John Obi Mikel menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika Nigeria menewaskan Cameroon 4-0 di Uyo.

Gol lewat Thomas Partey memastikan Ghana seri 1-1 di tempat sendiri ketika menentang Kongo Brazzavill­e di Kumasi.

NunoRochom­engecewaka­n Afrika Selatan dengan menjaringk­an dua gol ketika Cape Verde bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 2-1 di Praia.

Kepulangan Moses dan Mikel ke dalam skuad Nigeria adalah bersamaan dengan prestasi terbaik Nigeria sejak beberapa tahun apabila membelasah juara Piala Negara Afrika 2017.

Ia adalah bersamaan dengan rekod kemenangan buat Nigeria pada satu perlawanan kelayakan dan kekalahan terburuk dialami oleh Cameroon kempen kelayakan.

Nigeria boleh menjarakka­n lagi kedudukan dalam ‘kumpulan maut’ jika menang pada perlawanan kedua di Cameroon Isnin depan – dengan syarat Zambia dan Algeria seri di Lusaka pada perlawanan lewat.

Nigeria mengumpul sembilan mata, Cameroon dua dan Zambia serta Algeria satu mata dan ia jauh dari apa yang digambarka­n sebagai ‘kumpulan maut’.

Ghana, yang memburu penampilan keempat berturut-turut di Piala Dunia, ketinggala­n pada pertengaha­n separuh masa pertama menerusi gol kapten pasukan Kongo, Thievy Bifouma.

Ghana mengambil masa sehingga lima minit sebelum tamat permainan untuk mengikat kedudukan tetapi asakan demi asakan selepas itu tetap gagal menemui gol kemenangan.

Uganda mendahului Kumpulan E dengan tujuh mata, satu mata di hadapan Mesir selepas menang 1-0 di Kampala pada perlawanan hari Khamis. Ghana mengumpul dua mata dan Kongo Brazzavill­e satu mata.

Afrika Selatan bermula dengan baik apabila Tokelo Rantie membuka jaringan tetapi Rocha menjaringk­an dua gol dalam tempoh enam minit sebelum rehat untuk memastikan kemenangan berharga.

Burkina Faso dan Afrika Selatan berkongsi empat mata dalam Kumpulan D dan Senegal serta Cape Verde berkongsi tiga mata sebelum perlawanan lewat. — AFP

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA:
RAIKAN BERSAMA:
 ?? — Gambar Reuters ?? LOZANO
— Gambar Reuters LOZANO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia