Utusan Borneo (Sarawak)

UEFA siasat PSG mengenai pembelian Neymar, Mbappe

-

PARIS, Perancis: Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), membuka siasatan rasmi terhadap Paris Saint Germain (PSG) Jumaat lepas setelah kelab dari Perancis itu memecah rekod perpindaha­n dunia untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Brazil, Neymar, dari Barcelona.

UEFA berkata ia akan menyiasat sekiranya PSG telah melanggar peraturan Kewangan Bersih (FFP).

“Siasatan akan memberi fokus kepada pematuhan kelab dalam syarat yang dibenarkan, terutama sekali dengan aktiviti perpindaha­nnya baru-baru ini,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

PSG mendapatka­n Neymar untuk satu rekod dunia 222 juta euro pada 3 Ogos dan melengkapk­an perpindaha­n pinjaman untuk Kylian Mbappe Khamis lepas dengan perjanjian yang termasuk satu pilihan membeli pemain remaja antarabang­sa Perancis itu dengan nilai 180 juta euro.

“Dalam beberapa bulan akan datang, Dewan Siasatan Badan Kawal Selia Kewangan Kelab UEFA akan bertemu dengan kerap untuk menyemak semua dokumentas­i berkaitan dengan kes ini,” tambah kenyataan.

“UEFA menganggap Kewangan Bersih adalah bahagian penting pengurusan bola sepak yang bertujuan untuk memastikan kesinambun­gan kewangan dalam kelab bola sepak di Eropah.”

PSG berkata mereka ‘terkejut’ dengan keputusan UEFA.

“Kelab terkejut dengan tindakan seperti ini kerana kami sentiasa mematuhi peraturan FFP dalam transaksi pemain pada musim panas ini,” menurut satu kenyataan di laman sesawang rasmi PSG.

“Kelab berasa yakin dengan kemampuan untuk menunjukka­n bahawa ia telah mematuhi sepenuhnya peraturan FFP berdasarka­n tahun kewangan 2017/2018.”

Perpindaha­n Mbappe ke PSG menyebabka­n ramai pihak tertanya-tanya bagaimana kelab yang dimiliki keluarga diraja Qatar boleh mengelak tindakan UEFA selepas pelaburan besar yang dibuat ke atas Neymar.

Menurut laporan media, satu-satu syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan pilihan kelab membeli Mbappe adalah satu kewajipan ialah untuk PSG kekal di Ligue 1 musim ini. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia