Utusan Borneo (Sarawak)

Sharapova mara ke pusingan 16 akhir

Penyingkir­an Cilic dalam kategori lelaki membuka peluang kepada pemain lain

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS):MariaShara­povamelang­kah ke pusingan 16 akhir Terbuka AS dengan menewaskan pemain remaja tuan rumah, Sofia Kenin sementara saingan dalam bahagian lelaki kembali terbuka apabila juara 2014, Marin Cilic, tersingkir dari kejohanan ketika pemain remaja Kanada, Denis Shapovalov menjadi pemain paling muda sejak 1989 yang melangkah ke pusingan 16 akhir pada hari di mana Serena Williams melahirkan anaknya Jumaat lepas.

Sharapova, bekas pemain nombor satu dunia dari Rusia, menewaskan pemain wildcard tuan rumah 7-5 dan 6-2 dan akan menempah pertemuan menentang pemain pilihan ke-16 dari Latvia, Anastasija Sevastova.

“Beliau bermain tanpa sebarang tekanan, jadi saya berasa benar-benar gembira untuk meneruskan kemaraan,” kata Sharapova.

Sharapova melakukan lapan pukulan servis kencang dan 38 pukulan kemenangan selain 33 kesilapan mudah.

Cilic, juara Terbuka AS pada 2014 tetapi tidak beraksi sejak muncul naib juara di Wimbledon kerana kecederaan, tewas 4-6, 7-5, 7-5 dan 6-4 kepada pemain

Saya bergelut dengan pukulan dan servis saya juga tidak konsisten. Marin Cilic Juara Terbuka AS 2014

pilihan ke-29 dari Argentina, Diego Schwartzma­n.

“Kecederaan ada memainkan sedikit peranan, dan apabila anda cedera sebelum itu, anda tidak dapat mencari rentak permainan sebenar anda,” kata Cilic.

“Saya bergelut dengan puku- lan dan servis saya juga tidak konsisten.”

“Semua pemain semakin meningkat,” kata Cilic. “Dan ada ramai pemain muda yang muncul dan bermain dengan baik.”

Kata-kata Cilic itu ada benarnya apabila Shapovalov, 18, yang juga pemain ranking ke-69 dunia, meneruskan kemaraan apabila lawannya, Kyle Edmund dari Britain, menarik diri kerana kecederaan ketika Shapovalov mendahului 3-6, 6-3, 6-3 dan 1-0.

Tidak sejak Michael Chang (17 tahun ketika itu), pada 28 tahun yang lalu menjadi pemain paling muda melangkah ke pusingan 16 akhir di sini. Dan tiada pemain kelayakan pernah melangkah ke pusingan 16 akhir sejak Gilles Muller pada 2008.

Shapovalov akan menentang pilihan ke- 12 dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta, yang menyingkir­kan pemain kelayakan dari Perancis, Nicolas Mahut 6-3, 6-4 dan 6-3.

Schwartzma­nn, akan bertemu dengan seorang lagi pemain Perancis yang juga pilihan ke-16, Lucas Pouille, yang menewaskan pemain kelayakan dari Kazakhstan, Mikhail Kukushkin 2-6, 6-3, 6-4 dan 6-4.

Pada perlawanan lain, Garbine Muguruza dari Sepanyol, memerlukan hanya 62 minit untuk menewaskan pilihan ke- 31, Magdalena Rybarikova 6-1 dan 6-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEPENUH TENAGA: Sharapova membuat pukulan servis pada aksi perlawanan Terbuka AS menentang Sofia Kenin di Pusat Tenis Antarabang­sa Billie Jean, New York.
— Gambar AFP SEPENUH TENAGA: Sharapova membuat pukulan servis pada aksi perlawanan Terbuka AS menentang Sofia Kenin di Pusat Tenis Antarabang­sa Billie Jean, New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia