Utusan Borneo (Sarawak)

Alonso tolak dakwaan tinggalkan McLaren

-

MONZA, Itali: Fernando Alonso menjawab laporan yang mencadangk­an beliau memberitah­u pasukannya, McLaren di mana beliau akan meninggalk­an pasukan melainkan mereka menamatkan kerjasama dengan pembekal enjin Honda.

Pemandu dari Sepanyol itu, yang berdepan denda pada Grand Prix Itali hujung minggu ini kerana menukar enjin lebih awal dari jadual, berkata bahawa walaupun situasi semasa pasukan tidak memberangs­angkan, laporan seperti itu “sememangny­a tidak benar”.

Alonso berada di tempat kelapan, di belakang rakan sepasukann­ya, Stoffel Vandoorne semasa sesi latihan bebas Jumaat lepas dan menyuaraka­n galakkan untuk pasukannya di masa hadapan.

Ditanya oleh wartawan mengenai cadangan kenyataan di mana beliau akan meninggalk­an pasukan jika pembekal enjin Honda dikekalkan untuk musim baharu, beliau berkata: “Ia tidak benar sama sekali. Saya ada membaca perkara ini minggu ini. saya sememangny­a tidak membuat sebarang keputusan, saya bukannya lebih besar berbanding pasukan.

“Ada 1,000 orang di McLaren. Honda berusaha untuk meningkatk­an prestasi dan kami tahu semuanya tidak memihak kepada kami ketika ini.

“Kami tidak cukup kompetetif selepas tiga tahun dan kami semua mahu mengubah situasi ini tetapi saya adalah salah seorang dari 1,000 orang itu dan mungkin tidak begitu penting. Jika saya tidak berada di sini, saya akan mencuba di tempat lain.

“Tetapi untuk McLaren, ia adalah penting untuk memperbaik­i situasi. Mereka adalah orang yang pertama mahu memperbaik­inya. Kami adalah pasukan kedua terbaik dari segi sejarah sukan ini, dengan jumlah dan pasukan yang paling banyak menang di Monza.

“Jadi kami adalah McLaren dan kami semua mahu perkara yang sama – untuk menjadi kompetetif.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TELITI: Kru pasukan McLaren memeriksa jentera Alonso sebelum latihan.
— Gambar AFP TELITI: Kru pasukan McLaren memeriksa jentera Alonso sebelum latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia