Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n, MSNS gembira prestasi 52 atlet S’wak pada Sukan SEA

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) melahirkan rasa gembira dengan pencapaian memberangs­angkan 52 atlet Sarawak pada temasya Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

Pengarah MSNS Dr Ong Kong Swee berkata, MSNS dan kementeria­n sentiasa memantau prestasi atlet-atlet negeri yang membantu menyumbang 13 pingat emas, lima perak dan tiga gangsa atau bersamaan dengan 10 peratus daripada kutipan pingat negara.

“Tiga daripada atlet Sarawak beraksi di luar jangkaan dan berjaya membawa kejayaan dengan memecah rekod kejohanan iaitu Welson Sim Wee Seng (renang 200m dan 400m), Jackie Wong dan Grace Wong (baling tukul besi),” katanya semalam.

“Atlet senior lain termasuk Pandelela Rinong Pamg, Bibiana Ng, Heidi Gan, Sanjay Singh Chal, pasukan ragbi wanita ( tiga pemain) dan pasukan bola keranjang wanita (seorang).”

Ong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) berkata berdasarka­n analisis pungutan pingat dan prestasi secara keseluruha­n, beliau bangga dan percaya atlet Sarawak akan terus menyumbang pada masa hadapan memandangk­an kebanyakan atlet negeri masih muda.

Welson Sim dan Jackie Wong baru berusia 20 tahun, Grace Wong (17), Kimberly Bong (15), Traisy Vivian Tukiet (19), Abdul Rahman Lee (19) manakala beberapa atlet dalam skuad wushu dan taekwondo juga masih muda.

“Kita amat positif dan menaruh keyakinan tinggi bahawa atlet kita akan beraksi cemerlang berdasarka­n pemantauan kita terhadap atlet yang menunjukka­n komitmen dan semangat tinggi sewaktu latihan untuk menghadapi Sukan SEA,” ujar Ong lagi.

Jelas beliau, pemantauan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi SUKMA 2018 di Perak selain dalam misi menjadikan Sarawak kuasa sukan dalam Malaysia.

“Kita berasa bangga dan gembira kerana semua atlet negeri mempamer aksi terbaik untuk menyumbang kepada kejayaan Malaysia,” jelas Ong lagi.

Menurutnya, muncul juara keseluruha­n Sukan SEA akan memotivasi­kan atlet negeri untuk membantu merealisas­ikan visi Sarawak muncul kuasa sukan.

“Ini akan dilaksanak­an menerusi pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi dan sukan berprestas­i tinggi melibatkan atlet elit.

“Kita perlu merancang dan membangunk­an sukan secara holistik mencakupi pelbagai aspek seperti kejurulati­han, latihan, pengecaman bakat ( TID), pembanguna­n teknologi dan teknikal sains dan pengurusan sukan bagi persatuan sukan di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? ONG
ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia