Utusan Borneo (Sarawak)

15 atlet memanah wakili Zon Utara pada SUKSAR

-

MIRI: Seramai 15 atlet memanah akan mewakili Zon Utara Sarawak pada kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) yang akan berlangsun­g pertengaha­n Disember depan.

Meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran, Presiden Persatuan Memanah Miri David Ting yakin anak didiknya mampu meraih pingat emas pada SUKSAR nanti.

“Saya yakin para atlet akan memberi cabaran sengit pada kejohanan itu yang turut disertai atlet-atlet dari daerah lain serta membawa pingat emas untuk Zon Utara,” katanya di sini semalam.

Ting memberitah­u, seramai 28 atlet dari sekolah rendah dan menengah menyertai pemilihan terbabit dan seramai 15 atlet terpilih secara automatik mewakili Zon Utara.

“Tujuan kita untuk mendedahka­n atlet muda ini dengan pengalaman baharu dan pada masa sama, memperbaik­i kemahiran memanah untuk kejohanan yang lebih besar,” jelasnya.

Ting turut berpuas hati dengan prestasi semua atlet memanah yang menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen tinggi untuk melayakkan diri ke peringkat SUKSAR.

“Kesemua mereka yang menempatka­n diri dalam kelompok empat teratas secara terus tersenarai mewakili Zon Utara, iaitu mengikut kutipan mata yang mereka telah perolehi,” jelasnya.

Ting juga percaya atlet yang akan mewakili Zon Utara itu mampu mengalas tanggungja­wab untuk membawa pingat emas sekali gus menjadi atlet dari Miri menyarung jersi negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA).

 ??  ?? TAHNIAH: David (barisan belakang, kanan sekali) bersama atlet yang akan mewakili Zon Utara ke SUKSAR dalam acara memanah Disember depan.
TAHNIAH: David (barisan belakang, kanan sekali) bersama atlet yang akan mewakili Zon Utara ke SUKSAR dalam acara memanah Disember depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia