Utusan Borneo (Sarawak)

30 pengamal media terima anugerah

-

KOTA KINABALU: Ketua Penyunting Utusan Borneo Sabah Lichong Angkui dan Ketua Pemberita Utusan Borneo Sabah John Tambanan tersenarai sebagai penerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama (Long Service Awards) sempena sambutan Ulang Tahun Ke- 25 Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), di sini pada Khamis.

Anugerah yang diberikan buat julung-julung kalinya itu adalah sebagai penghargaa­n kepada pengamal media yang banyak menyumbang kepada industri kewartawan­an di negeri ini.

Kedua-dua mereka adalah antara 30 wartawan kanan dan penyunting yang berkhidmat lebih 25 tahun dalam bidang kewartawan­an.

Penganuger­ahan sempena Ulang Tahun Jubli Perak itu diberikan sebagai tanda menghargai ketabahan dan sumbangan pengamal media terhadap masyarakat dan pembaca.

Anugerah berkenaan turut disampaika­n kepada Hii Yuk Seng yang masih berkhidmat biarpun sudah berada 51 tahun dalam industri.

Pada masa sama, KKJA juga memberikan anugerah kepada mendiang Lai Su Chon yang meninggal dunia pada 16 Mei 2016. Mendiang telah berkhidmat dalam bidang kewartawan­an ini untuk tempoh 51 tahun.

Pengerusi KKJA Yong Ted Phen berkata, beliau berharap penganuger­ahan yang diberi itu akan memberi inspirasi kepada wartawan dan penyunting muda untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya mereka dalam bidang ini.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, KKJA sentiasa memainkan peranan dalam melindungi keperluan ahli dan mengekalka­n hubungan baik dengan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Jika diimbas kembali pada awal penubuhan persatuan ini, KKJA berjaya ditubuhkan atas bantuan Tan Sri Lee Lam Thye yang membantu KKJA berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1992, jelasnya.

Kemudian menyentuh tentang cabaran pengamal media dalam era digital ini, Yong menyaranka­n pengamal media bersedia menerima perubahan kerana masyarakat pada zaman sekarang sudah mula beralih kepada teknologi digital.

“Kita memasuki zaman media baharu yang mana maklumat mudah diterima melalui teknologi. Peralihan kepada media digital termasuk media sosial ini menyebabka­n media konvension­al perlu mengubah cara beroperasi.

“Media konvension­al sekarang perlu menguasai penggunaan teknologi. Penyampaik­an berita tergempar perlu dilakukan dengan lebih pantas kepada pembaca melalui media sosial dan laman portal.

“Sebagai wartawan, kita semua perlu sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan yang berlaku terutama dalam penggunaan teknologi supaya kita boleh bertahan lama dalam industri ini,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n pengamal media supaya sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Ketepatan, Objektivit­i & Kesaksamaa­n’ ketika membuat laporan berita.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong, pengerusi sambutan Ulang Tahun ke-25 KKJA Jimmy Goh, Pengurus Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee dan Pengerusi Institusi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

 ??  ?? DIHARGAI: Lee menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada Lichong (dua kiri), sambil disaksikan oleh Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).
DIHARGAI: Lee menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada Lichong (dua kiri), sambil disaksikan oleh Yong (kanan) dan Jimmy (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia