Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n mengembara sambil beramal

-

RANAU: Sekumpulan sukarelawa­n yang terdiri daripada peminat kenderaan lasak pacuan empat roda menyampaik­an sumbangan kepada Rumah Putera Harapan di sini sebagai sebahagian daripada aktiviti amal mereka sempena Hari Kemerdekaa­n kelmarin.

Mereka bertolak dari Kota Kinabalu dengan membawa muatan barangan makanan seperti beras, serta alat tulis dan pakaian yang disumbangk­an oleh pelbagai pihak termasuk sumbangan peribadi ahli-ahli sukarelawa­n yang diketuai oleh Mustafah Abdul Gafar.

“Ini merupakan kegiatan tahunan kumpulan kami iaitu ‘4x4 Trekkers’ yang terdiri daripada peminat kenderaan lasak pacuan empat roda.

“Pada bulan Disember tahun lepas dan Februari tahun ini, kumpulan kami turut menganjurk­an kegiatan amal yang sama di Kampung Sonsogon Magandai di Kota Marudu.

“Kami mengembara sambil beramal. Bagi pihak ahli-ahli kumpulan, saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang, termasuk juga ahli-ahli kumpulan yang menghulurk­an bantuan sama ada dalam bentuk barangan mahupun tenaga,” kata Mus- tafah yang lebih dikenali di kalangan peminat kenderaan lasak sebagai Pak Ayub.

Sumbangan di Rumah Putera Harapan disampaika­n kepada wakil rumah kebajikan itu, Azanadi Yunus.

Rumah Putera Harapan merupakan sebuah rumah perlindung­an untuk anak-anak yatim khususnya dari daerah Ranau.

Ia ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 18 orang penghuni, kesemuanya lelaki.

Ini adalah kali kedua kumpulan sukarelawa­n itu melakukan kembara amal ke rumah kebajikan itu yang terletak di pinggir pekan ini selepas acara yang sama kira-kira tiga tahun lepas.

 ??  ?? BERAMAL: Barangan sumbangan pelbagai pihak termasuk sumbangan peribadi ahli-ahli 4x4 Trekkers.
BERAMAL: Barangan sumbangan pelbagai pihak termasuk sumbangan peribadi ahli-ahli 4x4 Trekkers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia