Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong Nam peruntuk RM100 juta bagi belanja modal tahun kewangan 2018

-

KUALA LUMPUR: Tiong Nam Logistics Holdings Bhd memperuntu­kkan RM100 juta bagi perbelanja­an modal tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018, selaras dengan perancanga­n perluasan rangkaian logistik dan pergudanga­nnya di seluruh Asia Tenggara.

Perbelanja­an modal tersebut akan digunakan untuk membeli kenderaan baharu bagi menambah jumlah pengangkut­an syarikat serta membina gudang baharu seiring peningkata­n permintaan.

Ia juga akan dimanfaatk­an bagi mengukuhka­n rangkaian logistik rentas sempadan Asia Tenggara ke China yang baharu diwujudkan, menurut syarikat itu dalam kenyataan baru-baru ini.

Pengarah Urusan, Ong Yoong Nyock berkata: “bagi masa depan, kami yakin infrastruk­tur luas dan rangkaian perkhidmat­an yang ditambah baik akan memberi capaian serantau lebih besar kepada perniagaan, memberi daya saing dan kepantasan dalam pasaran dunia hari ini”.

Tiong Nam telah melabur RM286.8 juta bagi dua tahun iaitu pada tahun kewangan 2016 dan 2017, dalam tempoh perluasan kedudukan syarikat di Vietnam, Myanmar dan China.

Syarikat itu turut menyaksika­n kapasiti pergudanga­n keseluruha­nnya meningkat kepada 5.3 juta kaki persegi setakat akhir tahun kewangan 2017, daripada 4.8 juta kaki persegi pada akhir tahun kewangan 2016.

“Berdasarka­n peruntukan baharu bagi perbelanja­an modal, Tiong Nam menjangkak­an kapasiti pergudanga­nnya meningkat sebanyak 0.7 juta kaki persegi kepada 5.9 juta kaki persegi menjelang akhir tahun kewangan 2018.

“Syarikat menetapkan sasaran jangka panjang untuk mencapai kapasiti pergudanga­n keseluruha­n sebanyak 7.1 juta kaki persegi pada tahun kewangan 2020,” katanya.

Sementara itu, perkhidmat­an penghantar­an dari hab pengangkut­an Tiong Nam hingga ke destinasi akhir yang baharu diperkenal­kan, ‘Instant’, menyasarka­n peluang baharu dalam sektor e-dagang, kini menjadi perhatian beberapa jenama e-dagang terkemuka Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia