Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah penumpang guna KLIA cecah 90 juta tahun lepas

-

JOHOR BAHRU: Jumlah penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu mencecah 90 juta orang, meningkat hampir 100 peratus berbanding hanya kira-kira 45 juta orang pada 2007.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata peningkata­n itu berikutan kejayaan Malaysia menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat transit terulung di rantau ini.

Beliau juga menjangka angka itu terus bertambah pada masa depan susulan terdapat usaha untuk membuat ‘pre-clearance’ untuk jemaah haji negara di KLIA untuk ke Arab Saudi oleh kerajaan negara terbabit.

“Pre-clearance ini merupakan satu-satunya pre-clearance di dunia untuk ke Arab Saudi,” kata beliau kepada pemberita selepas perasmian Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Johor Bahru di sini, baru-baru ini.

Ab Aziz berkata, mengambil kira kesesakan yang bakal dialami oleh KLIA, maka kerajaan mempunyai perancanga­n untuk memperluas­kan lapangan terbang berkenaan selepas 2020.

Dalam perkembang­an lain, Ab Aziz berkata Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang akan menjadikan KLIA sebagai pusat pengedaran dagangan dalam talian, akan mula beroperasi pada Nov ini.

“Ketika ini, ia dalam proses pembinaan dan dijangka membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk memasarkan produk mereka di peringkat global,” katanya.

DFTZ dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Mac lepas ketika lawatan jutawan Internet dari China, Jack Ma, yang juga Pengerusi Eksekutif Alibaba Group ke negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia