Utusan Borneo (Sarawak)

PKS akan jana kira-kira lima juta menerusi pasaran LEAP

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) yang tersenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia akan dapat menjana keuntungan antara empat hingga lima juta ringgit dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas penyenarai­an, kata Ketua Penyelesai­an Kewangan WIlayah CIMB Investment Bank Bhd Datuk Christophe­r Chan.

“Saya jangkakan ini akan menarik minat kedua- dua pihak iaitu syarikat dan penaja,” katanya di luar ‘Seminar Keperluan Penyenarai­an untuk Pasaran LEAP’ di sini baru-baru ini.

Chan berkata, kedua-dua syarikat dan penaja PKS perlu bekerjasam­a dengan baik untuk meminimumk­an isu pengawalse­liaan.

“Menerusi kerjasama yang baik, saya pasti proses itu lebih telus,” katanya.

Chan juga berkata keseluruha­n proses penyenarai­an itu membabitka­n kos kira-kira RM700,000 untuk sesebuah PKS.

Pasaran baharu itu bertujuan untuk menyediaka­n PKS dengan platform pengumpula­n dana alternatif dan cekap.

Ia juga menawarkan ketampakan menerusi pasaran modal dengan pelabur kaya boleh meminjamka­n wang menerusi pasaran modal kepada PKS, katanya.

Pasaran LEAP merupakan platform alternatif mengumpul modal untuk PKS, pertama seumpamany­a di ASEAN.

Ia dibangunka­n untuk menangani jurang pembiayaan untuk PKS dan memudahkan mereka untuk membawa perniagaan ke peringkat seterusnya menerusi pengumpula­n dana dalam pasaran modal.

Dagangan di Pasaran LEAP bagaimanap­un terhad kepada pelabur yang canggih, memberikan mereka peluang untuk meluaskan pilihan pelaburan dalam persekitar­an yang telus dan terkawal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia