Utusan Borneo (Sarawak)

Lovy Pharmacy dan Doctor2u bekerjasam­a dengan UNMC tingkat industri farmaseuti­kal

-

KUALA LUMPUR: University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) menandatan­gani dua memorandum persefaham­an (MoU) dengan Lovy Pharmacy dan Doctor2u untuk bekerjasam­a dalam pendidikan, latihan dan penyelidik­an dalam bidang farmaseuti­kal.

Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif UNMC Profesor Graham Kendall berkata sebagai sebuah universiti penyelidik­an, UNMC memberi tumpuan kepada memahami isu- isu yang kompleks dan mencabar bagi menangani keperluan semasa industri.

“MoU ini merupakan bukti kejayaan kerjasama antara penyelidik kami dan syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia.

“Kami telah bekerjasam­a dengan banyak syarikat farmaseuti­kal, penjagaan kesihatan dan bioteknolo­gi utama dan mempunyai visi untuk memulakan beberapa usaha komersil yang berjaya, menyediaka­n perkhidmat­an yang bernilai kepada industri farmaseuti­kal,” katanya selepas majlis tandatanga­n itu di sini baru-baru ini.

Memorandum itu ditandatan­gani oleh Kendall bagi pihak UNMC, manakala Garvy Beh mewakili Doctor2u dan Lovy Beh daripada Lovy Pharmacy.

Sementara itu, Beh berkata perjanjian itu juga akan menyediaka­n pertukaran kakitangan dalam bidang pengajaran untuk pelajar farmasi UNMC mengenai pembanguna­n kerjaya, industri kesihatan, produk farmaseuti­kal dan perkhidmat­an farmasi, serta kerjasama dalam penyelidik­an pada peringkat mahasiswa dan lepasan ijazah.

“Kerjasama ini membuka peluang kepada pelajar farmasi UNMC untuk menjadi sebahagian daripada program latihan industri,” katanya kepada Bernama selepas majlis itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia