Utusan Borneo (Sarawak)

Ibarat bapa yang penyayang dan prihatin

Pemergian Pengasas Sate Kajang Hj Samuri memberi kesan mendalam kepada pekerjanya

-

KUALA LUMPUR: Pemergian Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi akibat kanser hati, memberi kesan mendalam kepada pekerjanya yang menyifatka­n Allahyarha­m sebagai sentiasa merendah diri dan umpama bapa yang penyayang.

Penolong Pengurus Operasi Sate Kajang Hj Samuri, Yusnizam Mohd Naguib, 40, yang sudah 15 tahun berkhidmat dengan Allahyarha­m, berkata beliau amat memahami kehendak pekerja di semua peringkat dan sentiasa memberi ruang untuk mendengar masalah mereka.

“Memang dia seorang yang amat mementingk­an pekerja. Cara dia menyelesai­kan masalah tidak memberikan tekanan kepada kami malah memberi kami motivasi untuk bekerja. Allahyarha­m akan beri jalan penyelesai­an yang baik.

“Dia sentiasa bersikap terbuka dan sangat ‘particular’ masalah pekerja, tidak kira sama ada pekerja kedai mahu pun ‘cleaner’. Pekerja boleh hubunginya terus pada bila-bila masa. Setiap masalah pekerja akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangk­an dan mencari penyelesai­an,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yusnizam turut berkongsi rahsia kejayaan perniagaan yang berusia 25 tahun itu bukan sekadar kepada keenakan dan kualiti sate yang disajikan, malah kebijaksan­aan Allahyarha­m dalam mentadbir urus perniagaan­nya sehingga menjadi peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Yusnizam berkata beliau juga kagum dengan pemikiran Allahyarha­m yang berani membuat perubahan bagi mengembang­kan empayar sate Kajang yang sudah terkenal bukan sahaja di daerah itu malah di seluruh negara.

Antara kejayaan yang dicipta oleh Sate Kajang Hj Samuri adalah membekalka­n 70,000 cucuk sate semasa pelancaran fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai BulohKajan­g (SBK) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai lepas.

Sementara itu, anak saudara Allahyarha­m, Kamarul Abdul Karim, 40, berkata bapa saudaranya itu seorang yang disenangi ramai namun masih bersikap tegas dalam menguruska­n perniagaan­nya.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Allahyarha­m berkata Samuri juga seorang yang berhati mulia kerana sikapnya yang gemar membantu mereka yang dalam kesusahan.

Laman sosial Facebook turut dibanjiri ucapan takziah berikutan kepulangan Allahyarha­m ke Rahmatulla­h, dizahirkan pelbagai bangsa yang menyifatka­n Allahyarha­m Samuri, 73, seorang ikon dalam bidang perniagaan dan berharap pewaris Allahyarha­m Samuri akan meneruskan legasi kegemilang­an Sate Kajang Hj Samuri.

Seorang pengguna Facebook, Amir Zarith menulis di Facebookny­a: “Sebut saja Satay Samuri...pasti yang jauh dan dekat pernah merasa keenakan kuah dan sataynya….harga juga berbaloi….tinggalkan nama yang tidak asing bagi penggemar satay….semoga generasi Allahyarha­m meneruskan legasi satay Samuri dengan layanan terbaik… Takziah untuk keluargany­a.”

Aaron Arunasalam pula menulis “R.i.p hj. Samuri. Moga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarha­m dan takziah kepada keluarga beliau… awal bulan lepas macam 8 Ogos, saya, ibu dan rakannya dari UK pergi ke restoran Sate Hj Samuri in Kajang..sate yang terbaik di dunia....orang Tamil kata ‘kaipakkuva­m’ bermaksud dimasak dengan penuh berpengala­man sehinggaka­n rasa sesebuah hidangan itu menjadi trademark.”

Verra Febrina Adrie menulis: “Innalillhi­wainailahi­rajiun.. Makan kat kedai belum pernah, tapi tiap kali terbang dengan Malaysia Airlines memang akan disuguhkan (dihidang- kan) dengan sate yang gebu, juicy lemak dan sedap dari haji Samuri ni..”

Tulis Magdline Rangkang pula: ärwah merupakan ikon yang menyatukan rakyat Malaysia walau tanpa disedari.”

Alan Ng menulis: Äl Fatihah dan takziah kepada keluarga beliau. Sate terbaik pernah saya makan. Beliau ketua yang melayan pekerjanya dengan baik. RIP. Hj Samuri sangat terkenal dan mendapat sanjungan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga seorang ketua yang merendah diri.”

Rozian Saini Gyan pula menulis: “Suatu tempat yang menyatupad­ukan kita semua sebagai rakyat Malaysia sebenar tanpa mengira kaum. Takziah.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernam ?? KAWASAN TUMPUAN: Warga asing mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota sempena cuti umum Aidiladha di sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu kelmarin.
— Gambar Bernam KAWASAN TUMPUAN: Warga asing mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota sempena cuti umum Aidiladha di sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia