Utusan Borneo (Sarawak)

‘Sate Kajang Hj Samuri’ antara penyumbang perubahan sosioekono­mi Kajang

-

KUALA LUMPUR: Tidak keterlalua­n jika dikatakan Sate Kajang Haji Samuri bukan sekadar sebahagian menu utama dalam kalangan masyarakat tetapi turut menyumbang ke arah perubahan landskap sosioekono­mi di Kajang.

Mula beroperasi di gerai No.5 di Medan Sate Kajang pada tahun 1992, Sate Kajang Haji Samuri menjadi begitu sinonim dengan pekan Kajang selepas pengasasny­a Allahyarha­m Datuk Samuri Juraimi menjenamak­an semula produk makanan itu selain memberi perspektif yang lebih segar dan diterima luas oleh masyarakat.

Seorang penggemar, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata selain membentuk hubungan sosial yang positif, Sate Kajang Haji Samuri banyak memberikan sumbangan terhadap pembanguna­n ekonomi dan sosial negara, khususnya di Kajang.

“Antara sumbangann­ya ialah pembanguna­n ekonomi masyarakat Melayu melalui wujudnya rangkaian perniagaan Sate Kajang Haji Samuri di mana banyak peluang dibuka kepada mereka untuk mence- buri rangkaian perniagaan tersebut.

“Selain itu penjenamaa­n semula makanan berkenaan berjaya menjadi lambang perpaduan masyarakat di Malaysia kerana bukan sahaja Melayu, tetapi juga India dan Cina menghargai serta menikmati sate sekali gus menjadikan ia antara hidangan utama negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamed Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata penjenamaa­n semula Sate Kajang secara tidak langsung menaikkan imej Kajang yang kekuatanny­a sebelum ini dibayangi imej dua daerah berjiran iaitu Bangi dan Serdang.

Jelasnya, Bangi dan Serdang masing-masing mempunyai jenama mereka sendiri yang menyebabka­n kedua- dua bandar itu terkenal dalam kalangan masyarakat iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

“Nama pekan Kajang menjadi lebih dikenali selepas pen- jenamaan semula Sate Kajang Haji Samuri dan kini menjadi lebih terkenal setelah pelancaran Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang Transit Aliran Massa (MRT), yang menempatka­n hentian stesen MRT Stadium Kajang.

“Kita dapat lihat bagaimana penjenamaa­n semula sate Kajang memberi impak yang besar kepada pembanguna­n ekonomi dan infrastruk­tur di Kajang,” katanya yang mengenali Sate Kajang Haji Samuri ketika bergelar pelajar di UPM dan menikmati hidangan itu setiap bulan sebagai hadiah motivasi diri.

“Pada majlis graduasi, saya merupakan penerima Hadiah Pingat Emas Canselor UPM dan kakak ipar meraikan kejayaan saya di restoran Sate Kajang Hj Samuri. Jadi memang ada nostalgia dengan sate Haji Samuri ni,” katanya.

Allahyarha­m Datuk Samuri Juraimi, 73, meninggal dunia di kediamanny­a di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini pada 12.05 tengah malam kelmarin akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia