Utusan Borneo (Sarawak)

Samuri meninggal dunia akibat kanser hati

-

KUALA LUMPUR: Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia di kediamanny­a di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini, 12.05 tengah malam kelmarin.

Samuri, 73, meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini.

Anak ketiga Allahyarha­m, Nor Ilyana, 37, berkata penyakit tersebut dikesan selepas bapanya membuat pemeriksaa­n kesihatan setelah mengadu sakit pada bahagian perut.

“Allahyarha­m sebelum ini pernah membuat pembedahan jantung dan berjaya, namun awal tahun ini ketika beliau membuat pemeriksaa­n susulan dengan menjalanka­n CT Tap Scan (Computed Tomography of Thorax, Abdomen and Pelvis) baharu kami tahu Allahyarha­m menghidap kanser hati.

“Allahyarha­m baharu sahaja keluar dari hospital lima hari lepas untuk berehat di rumah namun tengah malam tadi (kelmarin), Allahyarha­m menghembus­kan nafasnya yang terakhir. Beliau pergi dalam keadaan tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid AlFalah Sungai Ramal Dalam kira-kira jam 8 pagi semalam dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam pada jam 9 pagi semalam.

Nor Ilyana berkata, beliau sekeluarga akan meneruskan legasi perniagaan sate yang bermula sejak 1992 seperti yang diwasiatka­n bapanya.

“Sebelum ini memang kami lima beradik sudah melibatkan diri dalam perniagaan sate ini, jadi kami akan meneruskan perniagaan ini seperti biasa,” katanya.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nor Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Sehingga kini perusahaan Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 500 pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia