Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n lulus penubuhan FRIM Inc

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan telah meluluskan penubuhan FRIM Inc. bagi memajukan dan membangunk­an hasil penyelidik­an dalam sektor perhutanan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, dengan kelulusan yang diperoleh 4 Ogos lalu, Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) dapat menjana pendapatan sendiri melalui pengkomer- silan produk penyelidik­an dan pembanguna­n yang dijalankan­nya.

Ini secara tidak langsung mengurangk­an kebergantu­ngan kepada dana kerajaan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Raya Korban Perdana kementeria­n itu di Masjid Jamek FRIM di sini semalam.

Pada 7 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang FRIM 2016 yang antara lain mem- benarkan institut itu menubuhkan atau memajukan syarikat untuk memperkuku­hkannya menjadi satu badan pihak berkuasa bagi mengkomers­il dan mengurus program atau projek berkaitan bidang penyelidik­an hutan.

Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mahmod berkata kirakira 150 produk berpotensi akan dikomersil­kan pada peringkat awal.

Beliau berkata 15 produk terbaik disasarkan berada di pasaran tahun depan dengan jangkaan pendapatan antara RM150 juta dan RM200 juta selepas tiga tahun di pasaran.

“Kita tubuhkan pasukan khas bagi membantu memastikan produk-produk ini berjaya dipasarkan dan menembusi pasaran antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata antara produk berpotensi ialah perabot daripada hasil hutan, terutamany­a yang diusahakan pengusaha Bumiputera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia