Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Taekwondo WTF Jemputan di Bintulu, 30 September-1 Oktober ini

-

BINTULU: Kelab Taekwondo Smart (WTF) dan Kelab Taekwondo Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu akan menganjur Kejohanan Taekwondo WTF Jemputan Piala Datuk Pui Kian Onn dan UPM Kampus Bintulu pada 30 September dan 1 Oktober di Dewan Sri Kenyalang UPMKB di sini.

Kejohanan itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu ‘Sparring’ dan ‘Poomsae’ diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan taekwondo, mengukuh hubungan silaturahi­m pelbagai kaum, sebagai projek tahunan kelab peringkat sekolah dan persediaan jangka panjang atlet taekwondo sekolah.

Dekan Fakulti Pertanian dan Sains Makanan UPM Kampus Bintulu Dr Zamri Rosli berkata, pihaknya berharap kejohanan yang diadakan itu akan berjalan lancar dan berjaya dikelolaka­n sekali gus akan dapat memperkena­lkan orang ramai dengan UPMKB.

“Kami menyokong penganjura­n kejohanan ini dan bersedia membantu dari segi teknikal serta akan membantu memupuk keterlibat­an pelajar universiti secara sukarela,” ujarnya pada sidang media di sini semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Taekwondo Smart Bintulu merangkap Naib Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak Raja Zahari Raja Yusof berterima kasih kepada UPMKB

termasuk Penasihat Kelab Datuk Pui Kian Onn yang memberi kerjasama baik dan sokongan untuk penganjura­n kejohanan itu pada tahun ini.

“Kami berharap kerjasama itu akan berterusan pada masa akan datang dan pencapaian atlet taekwondo akan lebih menyerlah dalam kejohanan ini,” katanya.

Beliau berkata setiap kejohanan yang diadakan pihaknya akan meneliti atlet yang berpotensi supaya dapat diketengah­kan ke kejohanan di peringkat SUKMA (Sukan

Malaysia), Sukan SEA atau mana-mana kejohanan taekwondo dalam negara mahupun di luar Malaysia.

“Saya berasa bertuah kerana penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja melibatkan peserta taekwondo dari Bintulu tetapi di seluruh Sarawak melibat Kuching, Sibu, Lawas dan Miri. “Saya berharap penyertaan peserta dari luar akan berterusan supaya perhubunga­n kelab dan ahli taekwondo di seluruh Sarawak akan lebih erat,” tambahnya.

Selain itu katanya, tidak lupa juga kepada Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak kerana memberi sokongan untuk menganjurk­an kejohanan itu.

“Saya berasa terharu dengan pengurusan serta Master Tan yang memberi tunjuk ajar dan nasihat tentang perjalanan kejohanan ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kebaikan menyertai sukan taekwondo, katanya sukan berkenaan menekankan disiplin diri dan disiplin terhadap orang yang lebih tua sama ada tua

dari segi umur ataupun pangkat dalam taekwondo.

Turut hadir Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB Noor Hakim Ahmad.

Untuk keterangan lanjut mengenai kejohanan itu, sila hubungi Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Kejohanan Pui Jak Joon di talian 0138348486.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Dr Zamri (tengah) dan Raja Zahari (kiri) termasuk Pui Kian Onn (kanan), Pui Jak Joon serta Noor Hakim (berdiri kiri dan kanan) semasa bercakap pada sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: Dr Zamri (tengah) dan Raja Zahari (kiri) termasuk Pui Kian Onn (kanan), Pui Jak Joon serta Noor Hakim (berdiri kiri dan kanan) semasa bercakap pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia