Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal bersama tiga anak selamat dalam kebakaran

-

MIRI: Cuti peristiwa sempena kejayaan Malaysia muncul juara keseluruha­n Sukan SEA 2017 menjadi hari tidak dapat dilupakan sebuah keluarga di Bakam.

Seorang ibu tunggal, Rozita Nor, 41, kerugian kira-kira RM10,000 selepas dapur rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 7.51 pagi semalam.

Rozita tinggal bersama tiga anaknya yang berusia masingmasi­ng 10, 17 dan 21 tahun berada dalam rumah terbabit ketika kejadian berlaku.

“Saya menyedari api marak dari dapur dan terus menjerit meminta anak-anak saya keluar dari rumah dan memohon pertolonga­n daripada penduduk kampung,” katanya di sini semalam.

Rozita bekerja sebagai pembantu kantin menjelaska­n hampir 50 peratus bahagian dapur rumahnya musnah dalam kebakaran tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Zon 6 Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.51 pagi.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

Law berkata sebaik tiba pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan dapur terbakar 50 peratus serta memusnahka­n dua motosikal.

Kebakaran peringkat awal berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung dengan menggunaka­n dua unit alat pemadam api dan air paip berhampira­n.

Bomba melakukan pemadaman seterusnya bagi memastikan api tidak merebak semula dan keadaan benar-benar selamat.

Operasi memadamkan kebakaran itu tamat jam 8.37 pagi.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang turut bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumka­n tentang kejadian malang itu seterusnya menyampaik­an sumbangan kilat.

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Miri turut hadir di lokasi kejadian bagi menyalurka­n sumbangan kilat membantu meringanka­n beban mangsa.

Sumbangan disampaika­n oleh Ketua TBS Miri Marini Juraibi kepada Rozita.

 ??  ?? SUMBANGAN KILAT: Ahmad Lai (tiga kiri) dan Marini (empat kiri) masing-masing menyampaik­an sumbangan kilat kepada Rozita (empat kanan) semalam.
SUMBANGAN KILAT: Ahmad Lai (tiga kiri) dan Marini (empat kiri) masing-masing menyampaik­an sumbangan kilat kepada Rozita (empat kanan) semalam.
 ??  ?? MUSNAH: Kelihatan 50 peratus kawasan dapur yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bakam semalam.
MUSNAH: Kelihatan 50 peratus kawasan dapur yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bakam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia