Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Marin terus lindungi sumber laut negara

Polis Marin Wilayah 5 S’wak bentuk elemen bersepadu di perairan negeri ini dengan kerjasama agensi marin lain

-

KUCHING: Polis Marin akan memastikan kedaulatan sumber laut negara khususnya di Sarawak terus dilindungi, kata Komander Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Salehudin Mat Zaman.

Menurut beliau, pihaknya kini telah membentuk satu elemen bersepadu di perairan negeri ini dengan kerjasama agensi-agensi marin lain.

Salehudin berkata, ia fokus kepada aspek memperketa­tkan kawalan perairan di utara Sarawak termasuk Miri dan Bintulu berikutan ancaman penceroboh­an nelayan asing yang semakin serius.

“Kami mahu perketat kawalan di perairan Sarawak daripada ancaman nelayan asing.

“Sehubungan itu, kami (Polis Marin) akan memastikan kedaulatan sumber laut di negara ini dilindungi,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Ibadah Korban di sini, semalam.

Dalam pada itu, Salehudin turut mendedahka­n kejayaan pihaknya menangkap lapan awak-awak warga Indonesia bersama dua bot tempatan di kedudukan 5.9 batu nautika dari Pantai Lutong, Miri dalam Ops Gelora.

Beliau berkata nelayan asing tersebut dipercayai melakukan aktiviti perikanan di perairan Sarawak dengan menceroboh kawasan larangan.

Menurutnya, Polis Marin

Kami mahu perketat kawalan di perairan Sarawak daripada ancaman nelayan asing. ACP Salehudin Mat Zaman Komander Polis Marin Wilayah 5 Sarawak

berjaya mengesan dua bot nelayan asing sedang menunda pukat di kawasan 5.5 batu nautika dari Tanjung Baram dan 5.9 batu nautika dari Pantai Lutong.

Hasil pemeriksaa­n mendapati tekong kedua-dua bot berkenaan adalah warga Indonesia bersama lapan kru.

“Kedua-dua bot tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat-syarat lesen iaitu menunda di kawasan kurang 12 batu nautika,” katanya.

Kes tersebut telah diserah kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut dan urusan pendakwaan.

 ??  ?? PENCEROBOH: Bot nelayan Indonesia ditahan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak dalam Ops Gelora kerana menceroboh perairan Sarawak di Miri.
PENCEROBOH: Bot nelayan Indonesia ditahan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak dalam Ops Gelora kerana menceroboh perairan Sarawak di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia