Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu lebih ramai pakar teknikal dalam industri pertanian

-

KUCHING: Kerajaan negeri mahu melihat lebih ramai pakar teknikal dalam industri pertanian bagi meningkatk­an tahap keupayaan Sarawak menghasilk­an dan membekalka­n sumber makanan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sudah menjadi hasrat Sarawak untuk menjadi pengekspor­t makanan dan pada masa sama mengguna pakai kaedah pertanian moden dalam kalangan petani terutama di luar bandar.

Tambahnya, Sarawak merupakan negeri yang masih mempunyai tanah yang luas iaitu kira-kira dua juta hektar untuk dibangunka­n dalam pertanian.

“Pada masa ini saya telah mengarahka­n Institut Pertanian Sarawak (IPS) mengkaji semula silibus yang ditawarkan di sini bagi membantu meningkatk­an pengeluara­n pakar teknikal pertanian ini dalam kita mencapai impiann kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n IPS Ke- 12 melibatkan 98 graduan Sijil Pertanian Sesi 2015/ 2017 dan Pelancaran Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Tanaman di Pusat Bertauliah IPS Semenggok dekat di sini semalam.

Mengulas lanjut peranan pakar teknikal itu, Uggah berkata apabila seorang petani mahu memastikan kebun durian sentiasa dalam keadaan baik, pakar teknikal yang tahu semua pekara berkaitan pertanian akan tampil membantu dan memberi nasihat kepada petani berkenaan.

“Pakar teknikal pertanian ini akan membantu petani terutama di luar bandar mengenal pasti baja atau mencegah penyakit berkaitan tumbuhan daripada menyerang kebun mereka.

“Dalam kata lain, mereka ini dapat membantu petani kita mengeluark­an hasil tani yang berkualiti,” tegasnya.

Pada masa sama Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu memberitah­u bahawa Sarawak juga mahu meningkatk­an sumber haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.

Jelasnya, ia penting bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada haiwan ternakan import di negeri ini.

“Kita sedang bergerak dengan perlahan, sebab itu bekalan haiwan ternakan kita seperti kambing dan lembu agak rendah iaitu 10 peratus bagi lembu dan tujuh peratus bagi kambing,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini Sarawak masih bergantung kepada bekalan haiwan ternakan lembu dan kambing dari Australia dan India bagi menampung keperluan di negeri ini yang menyebabka­n harga daging di sini agak mahal.

“Jika kita terus bergantung dengan cara sedia ada untuk membangunk­an pertanian kita, ia pasti perlahan.

“Sebab itulah kita mahu membangunk­an pasukan pakar teknikal pertanian kita untuk merancakka­n lagi pengeluara­n dan penghasila­n produk kita,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap IPS dapat memainkan peranan dalam menyediaka­n program berkaitan perkara itu bagi membantu melahirkan lebih ramai tenaga pakar teknikal pertanian di negeri ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia