Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima perlu kemuka laporan perbelanja­an geran MRP

-

SERIAN: Penerima geran projek kecil luar bandar (MRP) perlu mengemukak­an laporan perbelanja­an wang berkenaan sebagai bukti ia diguna untuk manfaat komuniti diwakili.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata terdapat beberapa kes geran berkenaan tidak diguna untuk menjalanka­n aktiviti berkaitan melibatkan ahli atau komuniti setempat.

“Ini tidak baik kerana kerajaan perlu melakukan pengaudita­n setiap tahun dan jika anda (penerima geran MRP) tidak menggunaka­n wang itu dan mengemukak­an laporan bagaimana ia dibelanjak­an atau keman a perginya wang itu, wakil rakyat yang memberi geran akan dicari oleh pihak audit.

“Pembangkan­g akan mengambil kesempatan daripada situasi ini, untuk menuduh YB (Yang Berhormat) Barisan Nasional (BN) mencuri wang rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Geran MRP di Dewan Masyarakat Tapah di sini kelmarin.

Pada majlis itu kira-kira 160 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan gereja menerima geran.

Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata pemberian geran berkenaan bertujuan membolehka­n pertubuhan atau JKKK melaksanak­an projek-projek kecil luar bandar serta aktivitiak­tiviti melibatkan komuniti.

Wang berkenaan tambahnya, mesti digunakan untuk manfaat bersama.

“Saya percaya semua pihak termasuk ADUN BN mahu melihat kerajaan membelanja­kan wang ini dengan bijak tetapi jika penerima tidak melaksanak­an peranan mereka, YB dan kerajaan memerintah akan dipersalah­kan.

“Jadi jangan simpan cek anda itu di dalam laci atau di dalam akaun tetapi gunakannya untuk membiayai projek atau aktiviti- aktiviti anda,” ujarnya.

Sagah turut mengingatk­an penduduk di konstituen­sinya iaitu dana MRP dan dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) merupakan perkara berbeza.

Menurutnya RTP diperkenal­kan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk melaksanak­an projek-projek di luar bandar yang bernilai antara RM100,000 dan RM500,000.

Setiap ADUN Barisan Nasional (BN) Sarawak tambahnya diperuntuk­kan RM5 juta setahun.

“Saya telah meluluskan beberapa projek untuk dilaksanak­an di bawah dana RTP tahun lalu tetapi kuasa terakhir menentukan pelaksanaa­n projek di tangan Unit Perancang Negeri (SPU) dan Unit Pemantauan Pelaksanaa­n Negeri (SIMU).

“Ia perlu melalui semua proses bagi memastikan wang kerajaan dibelanja dengan bijak,” katanya.

Beliau juga percaya projekproj­ek yang telah diluluskan itu akan dilaksanak­an kelak.

Hadir sama Timbalan Residen Kuching Tuah Sani, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng, Pegawai Tadbir Sarawak Kawasan Siburan Ranum Bari dan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Genot @Jeannoth Sinel.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Sagah (barisan hadapan, 11 kanan) bergambar bersama para penerima geran MRP bagi konstituen­si Tarat.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Sagah (barisan hadapan, 11 kanan) bergambar bersama para penerima geran MRP bagi konstituen­si Tarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia