Utusan Borneo (Sarawak)

Sagah mahu cadangan projek menaik taraf Jalan Padawan dilaksanak­an segera

-

SERIAN: Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn mahu cadangan projek menaik taraf Jalan Padawan dilaksanak­an segera.

Menurutnya pada 2015 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji menaik taraf Jalan Padawan melibatkan kos RM75 juta.

Jalan Padawan yang sepanjang 30km bermula dari Tapah hingga Annah Rais itu terletak dalam konstituen­si Tarat.

Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata beliau masih menyimpan surat rasmi daripada Najib mengenai perkara itu, dihantar kepadanya pada Disember 2015, sebagai bukti.

Tambahnya, Najib telah meluluskan cadangan projek itu di bawah ‘Rolling Plan’ pertama dan seharusnya mula dilaksanak­an pada 2016.

“Bagaimanap­un, ada pihak yang cuba ‘ memperleke- hkan’ (kepentinga­n projek ini) menyebabka­n ia belum lagi dilaksanak­an.

“Saya akan mengingatk­an Perdana Menteri. Saya harap ini bukan ancaman. Saya menggesa dan merayu kepada Perdana Menteri agar melihat perkara ini dengan serius serta segera melaksanak­annya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) bagi konstituen­si Tarat di Dewan Masyarakat Tarat di sini kelmarin.

Sagah menambah, campur tangan Perdana Menteri amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaa­n projek itu tidak tertangguh lagi.

“Saya juga merayu jabatan dan pegawai berkaitan mengendali­kan projek ini agar memulakann­ya segera.

“Jika boleh, mulakannya pada hujung tahun ini. Belum terlewat lagi kerana ia masih menjadi bualan hangat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia