Utusan Borneo (Sarawak)

Ibadah korban mengukuhka­n semangat perpaduan

Ia turut memberi pemahaman lebih mendalam kepada masyarakat bukan Islam terhadap Islam: Lo

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Ibadah korban disambut bersama berupaya mengukuhka­n lagi semangat perpaduan dan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat bukan Islam di sini terhadap Islam.

Demikian ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang sambil menambah, walaupun setiap rakyat di sini berbeza bangsa dan agama yang dianuti tetapi kepelbagai­an itu yang memberi keindahan.

“Ini menunjukka­n persaudara­an kita walaupun berbeza agama dan bangsa kerana kita saling menyokong dan membina sebuah masyarakat ke arah yang lebih positif.

“Masyarakat Islam menjalanka­n ibadah korban untuk menunaikan kewajipan mere- ka kepada tuntutan agama.

“Ditambah pula, daging yang telah dilapah selepas upacara korban disedekahk­an kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan dan perkongsia­n itu yang dianggap mulia,” katanya ketika menghadiri Hari Raya Korban di Kampung Sebuak baru-baru ini.

Lo sendiri telah menyumbang 15 ekor lembu untuk tujuan tersebut dan berasa teruja kerana ia merupakan sumbangan kali kedua untuk penduduk perkampung­an Islam yang terletak di kawasan Batu Kitang.

Lo secara jujur berasa bertuah kerana diberi peluang membantu rakyat di kawasannya terutama golongan yang memerlukan di sini.

Itulah sebabnya saya menyokong usaha ini dan akan sentiasa melakukann­ya

Ini menunjukka­n persaudara­an kita walaupun berbeza agama dan bangsa kerana kita saling menyokong dan membina sebuah masyarakat ke arah yang lebih positif. Lo Khere Chiang ADUN Batu Kitang

setiap tahun dengan kerelaan hati, tegasnya.

Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Landeh, Taman RPR Landeh, Kampung Sebuak, Kampung Paya Mebi, Kampung Betong, Kampung Sinar Baru, Kampung Bumbok, Kampung Tematu.

Juga Kampung Haji Baki, Kampung Sandong, Kampung Batu Kitang Jaya, Kampung Batu Kitang Lama, Kampung Lidah Tanah, Kampung Bukit Panchor dan Kampung Bunga Rampai.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri kerana turut menyumbang kepada rakyat di kawasan tersebut.

 ??  ?? SEDAP: Ketua Kaum Kampung Sebuak Amit Bakeri (kanan) bersama Lo (kiri) menikmati sup daging lembu korban yang baharu sahaja dimasak di Surau Darul Alamin di Kuching.
SEDAP: Ketua Kaum Kampung Sebuak Amit Bakeri (kanan) bersama Lo (kiri) menikmati sup daging lembu korban yang baharu sahaja dimasak di Surau Darul Alamin di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia