Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum rumah panjang diingat tidak ‘mencipta’ kumpulan tertentu

-

MARUDI: Ketua kaum setiap rumah panjang di sini diingatkan supaya tidak ‘mencipta’ kem atau kumpulan tertentu yang boleh menjurus kepada perbalahan atau perpecahan dalam sesebuah rumah panjang atau kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata setiap ketua kaum sepatutnya bersikap terbuka dalam kepimpinan­nya agar tidak memihak kepada mana-mana kumpulan yang menjurus kepada wujudnya kem-kem berlainan.

“Sentiasa melatih diri sendiri menjadi pemimpin yang telus dan jujur khususnya dalam menguruska­n kewangan dan dana di kampung masing-masing dengan tidak mengambil sikap mementingk­an diri sendiri,” katanya pada majlis kesyukuran pelantikan Ketua Kaum Jacob Kuleh Lenjau yang mengetuai rumah panjang 30 pintu di Long Selatong Dikan, Hulu Baram.

Menurutnya, Jacob adalah orang paling layak dan sesuai sebagai pemimpin rumah panjang berkenaan bagi menggantik­an bapa mertuanya, Lenjau Gau untuk menjaga komuniti di sini supaya kekal dalam keharmonia­n dan seiring dengan pembanguna­n.

Dalam pada itu, Dennis turut menasihati ketua kaum memimpin rumah panjang di kawasan Telang Usan agar mengurus atur pentadbira­n dan anak buah mereka tanpa bersikap pilih kasih tetapi terbuka dan bertindak adil.

“Pada masa yang sama, mereka juga perlu mempunyai jangkaan terhadap apa yang akan berlaku supaya bersedia dengan perancanga­n bagi menghadapi sesuatu yang bakal atau dijangka berlaku,” jelasnya.

Justeru, beliau mengingatk­an ketua kaum supaya sentiasa bercampur gaul dengan semua masyarakat khususnya penduduk di kampung supaya mereka lebih memahami keperluan anak buah dan masalah dihadapi.

“Menguruska­n sesebuah komuniti memang tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan tidak kurang juga merungut dengan masalah yang timbul.

“Justeru, perlu bersikap tegas dan sentiasa mengambil pendekatan bijak dalam menyelesai­kan masalah tersebut,” katanya.

Dennis memberitah­u tiga aspek penting perlu ada sebagai ketua masyarakat iaitu harus melatih diri sendiri melahirkan idea baik serta perancanga­n ke arah pembanguna­n, kedua pemimpin harus memahami kedudukan- nya dalam kalangan masyarakat dan mewakili mereka dengan rasa tanggungja­wab, bersedia menerima teguran jika ada salah serta bersedia untuk susah dan senang dengan komunitiny­a.

Ketiga, ketua kaum perlu memastikan idea dicetuskan lengkap dengan perancanga­n yang strategik serta difahami dan diterima oleh setiap komunitiny­a agar apa yang mereka rancang atau lakukan kemudianny­a berjalan dengan lancar.

Dennis turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM5,000 untuk membeli set sistem pembesar suara dan rumah Biro Wanita yang sudahpun berada dalam tender dengan jumlah RM250,000.

Turut hadir Penghulu Anthony Kule Lalo, Penghulu Ajang Wan dan Penghulu Thadeus Kuleh Lenjau serta ketua-ketua kaum sekitar kawasan San dan Long Selatong Dikan.

 ??  ?? PELANTIKAN: Dennis (enam kiri) menyampaik­an sijil pelantikan ketua kaum Long Selatong Dikan kepada Jacob (lima kiri) sambil disaksikan ketua masyarakat yang lain.
PELANTIKAN: Dennis (enam kiri) menyampaik­an sijil pelantikan ketua kaum Long Selatong Dikan kepada Jacob (lima kiri) sambil disaksikan ketua masyarakat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia