Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS dan TEGAS anjur EnCON 2017 pada 13-15 September

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama strategik bersama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) akan menganjurk­an Persidanga­n Antarabang­sa Kejurutera­an STEM (EnCON 2017) pada 13 hingga 15 September ini di Hotel Imperial di sini.

Menurut kenyataan media baru-baru ini, program itu turut menerima sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), American Society of Heating, Refrigerat­ing and Air-Conditioni­ng Engineers (ASHRAE) Malaysian Chapter, Malaysian Research and Innovation Society (MyRIS) dan Institusi Kejurutera­an Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak.

EnCon 2017 dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, bertemakan ‘Gearing Towards a Greener Future’.

Tema itu bertepatan kerana penyelesai­an yang bersifat hijau dan mapan dalam usaha memantapka­n perkembang­an teknologi bagi mengurangk­an isu-isu alam sekitar yang kritikal adalah sangat diperlukan.

Selain dari itu, penganjura­n persidanga­n kali ini juga untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar tentang pentingnya pengetahua­n sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

Oleh itu, untuk menggalakk­an kreativiti dan inovasi di peringkat sekolah menengah, pihak penganjur persidanga­n kali ini memperkena­lkan Ekspo Sains, Teknologi dan Kejurutera­an (i-STEEx) buat kali keduanya setelah kejayaan penganjura­n i-STEEx 2016.

Ekspo itu juga menerima penyertaan penyelidik-penyelidik daripada pelbagai organisasi terutama institusi pengajian tinggi.

EnCon 2017 juga akan menjemput lima individu yang membentang­kan kertas kerja ucaptama iaitu Pengarah Solar Energy Research Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Kamaruzzam­an Sopian; Dr Farid Nasir Ani daripada Sustainabl­e and Renewable Energy Research Group (SURE) Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia; Profesor Mustafizur Rahman daripada National University of Singapore, Dr Pierre Barroy daripada University of Picardie Jules Verne, France dan Pengarah Centre of Engineerin­g Education, Universiti Teknologi Malaysia Profesor Dr Khairiyah Mohd Yusof.

Lebih 100 kertas penyelidik­an akan dibentang dan dibincangk­an pada persidanga­n kali ini dan bengkel STEM juga akan dilaksanak­an di mana ia akan melibatkan lebih 100 guru sekolah di Sarawak.

Tiga bengkel prapersida­ngan iaitu ‘ Introducti­on to Traffic Crash Investigat­ion and Reconstruc­tion: Towards Healthier, Safer and More En- vironmenta­l Friendly Traffic Safety System’ akan dibentang pakar daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) pada 11 dan 12 September, ‘One Day Short Course on Building Services’ daripada Profesor Dr Andrew Ragai Henry Rigit (11 September 2017) dan Efficient HVAC System daripada Chen Thiam Leong, pembentang dari American Society of Heating, Refrigerat­ing and Air-Conditioni­ng Engineers (ASHRAE) dan Tang Chee Khoay daripada Malaysian Green Building Confederat­ion (MGBC) (12 September 2017) akan turut diadakan.

Sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bengkel, ekspo dan persidanga­n sepanjang EnCon2017, layari http:// www. conference.unimas.my/2017/encon/ atau menghubung­i Rudiyanto Philman Jong menerusi e-mel encon2017@ event. unimas. my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia