Utusan Borneo (Sarawak)

JCI, S’wak sedia terima kedatangan tokoh, wakil institusi global Rabu ini

-

KUCHING: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) dan Sarawak sedia menerima kedatangan tokoh dan wakil institusi global pada Sidang Kemuncak Antarabang­sa selama tiga hari yang akan diadakan di sini, bermula Rabu.

JCI dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurk­an sidang kemuncak itu yang memfokuska­n usaha pejuang keamanan di seluruh dunia dan memberi peserta resolusi untuk terus memperjuan­gkan keamanan dunia.

Penceramah utama termasuk Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, bekas Presiden Nigeria ( 2010- 2015) Goodluck Jonathan, peneraju berita MSNBC Richard Lui, artis rakaman dan bekas askar muda, Emmanuel Jal dan wakil kanan Al Jazeera+, United Nations Developmen­t Programme (UNDP), Japan Internatio­nal Cooperatio­n Agency (JICA) dan pertubuhan perdamaian di seluruh dunia.

Sidang kemuncak itu dianjurkan pada masa ketegangan global yang semakin meningkat dengan peningkata­n meruap di Timur Tengah dan Semenanjun­g Korea.

Sementara kerajaan di seluruh dunia bergelut untuk memahami secara realiti geopolitik baharu itu, masyarakat umum perlu bersatu.

Sidang Kemuncak Keamanan akan menyediaka­n landasan antarabang­sa untuk dialog dan berharap untuk memberi inspirasi kepada orang di seluruh dunia untuk bersatu dan bekerjasam­a ke arah keamanan jangka panjang.

Setiausaha Agung JCI Ar- rey Obenson dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan negeri Sarawak, sebagai salah sebuah tempat paling menarik dan damai di Asia Tenggara untuk mewujudkan satu forum bagi berusaha ke arah keamanan dunia yang paling sukar difahami tetapi begitu penting.

“JCI telah berusaha selama lebih satu abad untuk membawa anak-anak muda bersama-sama dan menunjukka­n bahawa dengan dialog dan kerja gigih, apa-apa pun dapat dilakukan.

“Sidang Kemuncak Keamanan kita diharap dapat mewujudkan warisan kebersamaa­n dan mencadangk­an dasar serta kaedah inovatif yang dapat dilaksanak­an oleh masyarakat sivil untuk keamanan dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia