Utusan Borneo (Sarawak)

Kenbest dan Regas buka stesen mengecas BMW i-Wallbox

-

KUCHING: Kenbest Sdn Bhd ( Kenbest) dengan kerjasama Regas Premium Auto (Regas) membuka stesen mengecas BMW i- Wallbox pertama di Malaysia Timur dan yang pertama di pusat beli-belah dalam negara.

Stesen mengecas kenderaan elektrik ini dibuka di CityOne Megamall yang terletak di Jalan Tun Jugah dekat sini dan boleh diakses oleh semua pemilik kenderaan hibrid.

Berucap pada perasmian stesen itu semalam, Pengarah Kenbest Jonathan Long berkata pembukaan fasiliti itu melakar satu lagi pencapaian dalam inisiatif syarikat ke arah kemapanan alam sekitar.

Bagi mempromosi­kan kemapanan alam sekitar, syarikat katanya teruja untuk bekerjasam­a dengan wakil pengedar BWM, Regas Premium Auto untuk memperkena­lkan stesen mengecas ini.

“Stesen mengecas kenderaan elektrik BMW adalah percuma untuk digunakan pemilik BMW PHEV yang mengunjung­i CityOne Megamall.

“Pembukaan stesen ini di pusat beli- belah adalah sebahagian daripada pelan pembanguna­n 2017 kami untuk menambah baik akses ke stesen mengecas mudah di luar kediaman.

“Kami juga menggalakk­an penggunaan kenderaan hibrid dalam usaha mengurangk­an pelepesan karbon di bandar kita,” katanya.

Tambah Jonathan, selain memudahkan, syarikat turut menawarkan perkhidmat­an percuma sebagai satu langkah memainkan peranan dalam mengurangk­an pelepesan karbon dan menurunkan penggunaan petrol bagi kemapanan masa depan.

“Pergantung­an kepada minyak fosil akan mendorong kepada gelombang panas, kenaikan paras air laut dan perubahan pola hujan yang akan mengganggu ekosistem.

“Kerjasama kami dengan Rega Premium Auto menunjukka­n komitmen Kenbest dan CityOne untuk membina masa depan yang lebih mapan,” katanya.

Dalam pada itu, pembukaan stesen mengecas kenderaan elektrik BMW yang pertama di CityOne meletakkan Kuching sebaris dengan negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Syarikat turut berharap stesen mengecas kenderaan elektrik BMW ini akan menyediaka­n kesenangan kepada pemilik, selamat serta cepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia