Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong dan Andrew Ting mengadakan tinjauan mesra ke Rumah Dumin

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King dan calon boleh menang Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting telah bersama-sama turun padang mengadakan tinjauan mesra ke Rumah Dumin, Assan Tengah di sini, kelmarin.

Kunjungan adalah untuk melihat perkembang­an terkini rumah-rumah panjang di sini.

Kehadiran beliau dan Ting turut disambut dengan sorakan meriah dan gembira oleh penduduk rumah panjang kerana mereka tahu Tiong tidak pernah lupa membawa buah tangan kepada rakyat yang menyokongn­ya.

Dan untuk kali ini, sebagai tanda prihatin beliau terhadap penduduk di situ, Tiong mengumumka­n bahawa peruntukan sebanyak RM150,000 pada tahun depan untuk Rumah Dumin.

Beliau juga menyeru semua penyokong yang telah menyokong beliau pada pilihan raya yang lalu agar menyokong Ting pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) yang akan datang.

Ini kerana, adalah lebih banyak kemajuan untuk rakyat sekiranya Parlimen Lanang dimenangi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana kedua-duanya boleh bergabung untuk membantu dengan peruntukan besar merancakka­n pembanguna­n di Dudong dan Lanang.

Sementara itu, Tuai Rumah Dumin mewakili penduduk rumah panjangnya melahirkan rasa terima kasih dan berasa bangga kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu membangunk­an kawasan luar bandar khususnya di kawasan rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia