Utusan Borneo (Sarawak)

Stesen cas kenderaan elektrik beri impak baik Malaysia kini mempromosi­kan penggunaan bahan bakar bersih dalam kenderaan kuasa: Awg Tengah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pembukaan stesen mengecas kenderaan elektrik MBW i-Wallbox yang pertama di Malaysia Timur akan memberi impak yang baik kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Malaysia kini mempromosi­kan penggunaan bahan bakar bersih dalam kenderaan kuasa.

Kenderaan motor kekal sebagai penyumbang utama kepada pencemaran udara terutama di kawasan bandar.

Sebab itu kerajaan katanya, mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasi pencemaran udara oleh kenderaan motor.

“Usaha Kenbest Sdn Bhd dan Regas Premium Auto mewujudkan stesen mengecas ini harus diterima dengan baik oleh orang ramai.

“Malah, lebih ramai orang dapat pilihan untuk memiliki kereta hibrid pada masa akan datang,” katanya dalam teks ucapan sempena perasmian stesen mengecas BMW iWallbox di CityOne Megamall di sini semalam.

Teks ucapan Awang Tengah telah dibacakan oleh wakilnya, Menteri Muda Jalan Persisir Datuk Julaihi Narawi.

Tambah Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, pembukaan stesen mengecas itu bukan sahaja tepat pada masanya malah langkah yang tepat oleh kedua-dua syarikat.

Langkah ini menurut Awang Tengah adalah selari dengan hala tuju kerajaan untuk mengurangk­an perubahan iklim serta mengurangk­an pelepasan karbon.

Di Sarawak katanya, se- banyak 267,992 kenderaan baharu berdaftar dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan dari 2014 hingga Jun 2017.

Dari Januari hingga Jun tahun ini, JPJ katanya mendaftar 41,859 kenderaan dan daripada jumlah itu 13,465 merupakan kereta, motosikal (16,357) bas, teksi dan kenderaan lain sebanyak 12,037.

Jumlah ini terus meningkat dan kita menjangkak­an pencemaran juga akan meningkat dengan pelepasan lebih pencemaran ke udara.

“Kerjasama Kenbest dan Regas mencapai langkah positif hari ini dengan menyediaka­n stesen mengecas percuma sebagai sebahagian daripada peranan mengurangk­an pelepasan karbon dan menurunkan penggunaan petrol.

“Kita berharap mereka akan terus memperkena­lkan elemen hijau dalam projekproj­ek lain mereka pada masa akan datang untuk membantu program kerajaan mengurangk­an pencemaran,” katanya.

Dalam pada itu Julaihi dalam ucapannya berharap pihak syarikat akan mempertimb­angkan untuk membuka stesen yang sama di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dan Lebuh Raya Pesisir apabila kedua-dua lebuh raya ini siap nanti.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Regas Tay Hong Ming, Ketua Perhubunga­n BMW Malaysia Sashi Ambi, Pengarah Urusan Kenbest Sdn Bhd Stephen Long, Pengarah Eksekutif CityOne Megamall Brandon Lo serta yang lain.

 ??  ?? BERAYA BERSAMA: Mahat (duduk lapan kiri) dan Paulus bersama penduduk di Kampung Anak Bukit kelmarin. INISIATIF HIJAU: Julaihi (kiri) mengecas kenderaan elektrik di stesen mengecas BMW i-Wallbox pertama di CityOne Megamall, Kuching semalam. Turut...
BERAYA BERSAMA: Mahat (duduk lapan kiri) dan Paulus bersama penduduk di Kampung Anak Bukit kelmarin. INISIATIF HIJAU: Julaihi (kiri) mengecas kenderaan elektrik di stesen mengecas BMW i-Wallbox pertama di CityOne Megamall, Kuching semalam. Turut...
 ??  ?? HIDUP UPP: Tiong (tengah) diapit Dumin (kanan) menunjukka­n tanda sokongan kepada Ting (kiri) yang merupakan calon boleh menang UPP pada PRU14 pada kunjungann­ya, kelmarin.
HIDUP UPP: Tiong (tengah) diapit Dumin (kanan) menunjukka­n tanda sokongan kepada Ting (kiri) yang merupakan calon boleh menang UPP pada PRU14 pada kunjungann­ya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia