Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat penyayang tidak beza kaum, agama ketika hulur bantuan

-

MIRI: Masyarakat penyayang tidak mengenal perbezaan kaum dan agama ketika menghulurk­an bantuan wang ringgit dan tenaga.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, dalam sebuah masyarakat majmuk, keinginan untuk membantu lahir dari rasa sayang dan prihatin untuk membela nasib golongan kurang bernasib baik.

“Kita tidak kira agama dan kaum. Wujudnya masyarakat penyayang penting untuk kita capai negara sejahtera,” jelas Lee ketika merasmikan Program Korban Perdana Sekolah Kebangsaan Pujut Corner (SKPC) semalam.

Beliau menambah, dalam hidup bermasyara­kat, adalah menjadi tanggungja­wab untuk menolong membela nasib mereka yang daif, kurang upaya dan pesakit sama ada secara individu atau berkumpula­n.

Melihat kepada kepentinga­n masyarakat penyayang, Lee mahu amalan bantu membantu dipupuk dalam diri pelajar melibatkan kerjasama ibu bapa dan guru.

“Pembentuka­n masyarakat penyayang bermula dari keluarga dan sekolah. Pelajar harus pelajari nilai penyayang,” jelas Lee.

Lee yang juga ADUN Senadin turut mengumumka­n sumbangan geran RM5,000 sebagai dana menjayakan aktiviti sekolah.

Majlis yang diserikan dengan persembaha­n kebudayaan diadakan di dewan terbuka berbumbung yang baharu siap dibina dua bulan lalu.

Terdahulu, Guru Besar Suriyati Amit memberitah­u, program adalah yang pertama dianjurkan setelah sekolah mencapai usia 53 tahun.

Sekolah sekarang adalah pusat pembelajar­an untuk 1,181 pelajar daripada 38 etnik.

Antara objektif program adalah untuk meningkatk­an pendedahan pelajar tentang perlaksana­an ibadah korban dan menghayati pengertian­nya.

“Kita juga ingin berkongsi rezeki dengan insan memerlukan. Daging akan diagihkan kepada keluarga pelajar terpilih, “jelasnya.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Adam Yii, Pengerusi Biro Kebajikan dan Anak Yatim Masjid Darul Ehsan Piasau Talhah Mansur, Yang Dipertua PIBG Indra Hussein dan Kaunselor Karambir Singh mewakili ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Dalam pada itu, guru dan ibu bapa bekerjasam­a menyempurn­akan kerja-kerja penyembeli­han seekor kerbau yang diadakan selepas majlis perasmian.

Selain disedekah, sebahagian daging turut dimasak untuk dijamu bersama warga sekolah dan tetamu yang hadir.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Suriyati menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Lee sambil disaksikan tetamu kehormat lain selepas perasmian Program Korban Perdana SKPC semalam.
TERIMA KASIH: Suriyati menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Lee sambil disaksikan tetamu kehormat lain selepas perasmian Program Korban Perdana SKPC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia