Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PDP sokong kepimpinan parti, BN

Sokong tiga penyandang iaitu Tiong, Nogeh, Anyi dikekalkan pada PRU akan datang

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Pemuda Parti Progresif Demokratik (PDP) berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan parti itu dan Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan menyokong semua tiga penyandang parti itu dikekalkan.

Ketua Pemudanya Kaunselor Robert Ayu berkata Pemuda PDP menyokong penyandang di tiga kerusi parti itu iaitu Bintulu (Datuk Seri Tiong King Sing), Mas Gading ( Datuk Anthony Nogeh Gumbek) dan Baram (Anyi Ngau) supaya dikekalkan pada PRU akan datang.

“Manakala calon kerusi Saratok kita mahu menampil muka baharu dan Pemuda PDP akan menyokong sebulat suara calon paling layak dan berkaliber dipilih pucuk pimpinan parti,” katanya selepas mempengeru­si mesyuarat khas PRU oleh Pergerakan Pemuda PDP Negeri di sini semalam.

Robert berkata, mereka tidak sangsi dengan ketokohan calon (penyandang) bagi

Manakala calon kerusi Saratok kita mahu menampil muka baharu dan Pemuda PDP akan menyokong sebulat suara calon paling layak dan berkaliber dipilih pucuk pimpinan parti. Kaunselor Robert Ayu Ketua Pemuda PDP

kerusi Parlimen Bintulu, Baram dan Mas Gading agar dikekalkan mempertaha­n kerusi masing-masing dan Pemuda PDP sudah bersiap sedia menggerakk­an jenteranya.

Selain membincang­kan mengenai persediaan dan persiapan jentera PRU, mesyuarat itu turut membin- cangkan persediaan Majlis Makan Malam Pemuda Seluruh Sarawak pada 6 Januari 2018.

Ketua Penerangan Exco Pemuda PDP Sarawak Jaya Ramba berkata majlis makan malam itu bakal disertai 1,500 delegasi Pemuda dan Wanita PDP seluruh negeri.

“Pada masa sama ia bertu- juan melancarka­n slogan kedua-dua sayap utama Pemuda dan Wanita menerima perubahan nama dan logo parti yang baharu,” jelasnya.

Jaya menambah, inilah saatnya Pemuda turut menyampaik­an amanat selain mendengar amanat daripada presiden parti.

“Slogan kami sudah tentu tentang perubahan parti dan masa depan lebih jelas bersama rakyat Sarawak.

“PDP menerusi Pemuda pada masa akan datang dilihat lebih terbuka dan dekat dengan rakyat agar kami betulbetul menjadi ejen kepada rakyat,” jelasnya.

Sehubungan itu, ahli Pemuda parti seluruh cawangan dan bahagian di Sarawak boleh menghubung­i Pusat Perkhidmat­an PDP jika mereka mahu menyertai majlis makan malam yang dijangka diadakan di Bintulu tahun depan.

“Kami menyediaka­n sebanyak 150 meja hanya untuk Pemuda dan Wanita PDP dan sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Pemuda Pusat Parti,” katanya.

 ??  ?? KORBAN: Samsudin (tengah) bersama ketua masyarakat daerah Tatau serta penerima sumbangan daging korban semalam.
KORBAN: Samsudin (tengah) bersama ketua masyarakat daerah Tatau serta penerima sumbangan daging korban semalam.
 ??  ?? BERDIRI TEGUH: Ahli Exco Pemuda PDP bersama Robert (duduk, tengah) dan Jaya (dua kanan) pada mesyuarat tersebut.
BERDIRI TEGUH: Ahli Exco Pemuda PDP bersama Robert (duduk, tengah) dan Jaya (dua kanan) pada mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia