Utusan Borneo (Sarawak)

Go SIOUX@Kampung Masjid menganjurk­an ibadah korban

-

KUCHING: Kemeriahan Hari Raya Aidiladha masih terasa meskipun telah beberapa hari berlalu dengan masyarakat Islam di sini terus aktif melaksanak­an ibadah korban.

Tidak ketinggala­n melaksanak­an amalan suci itu ialah pertubuhan bukan kerajaan, Go SIOUX@Kampung Masjid dengan menganjurk­an ibadah korban di Kampung Masjid, Jalan Datuk Ajibah Abol semalam.

Disertai hampir 100 warga penduduk kampung berkenaan, majlis tersebut dilangsung­kan dalam suasana penuh keinsafan dan kekitaan.

Pengerusi penganjur Abang Majidi Abang Boyd ber- kata sejumlah tiga ekor lembu dikorbanka­n pada tahun ini hasil sumbangan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, orang perseorang­an dan hasil kutipan sesama ahli Go SIOUX@ Kampung Masjid.

“Kita berasa bersyukur kerana sekali lagi dapat menjalanka­n aktiviti mulia ini pada tahun ini.

“Jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan individu atas sumbangan mereka.

“Tidak lupa kepada ahliahli Go SIOUX@Kampung Masjid yang turut serta menjayakan aktiviti ini sejak dari pagi,” katanya semalam.

Menurut Majidi, sebagai penduduk asal kampung tersebut, beliau melahirkan rasa gembira apabila melihat ramai penduduk kampung itu termasuk generasi muda bergotong-royong menjayakan ibadah tersebut.

Ini jelasnya, membuktika­n ibadah korban menjadi landasan terbaik mengukuhka­n ukhuwah sesama penduduk serta merapatkan hubungan dengan generasi baharu dan ia harus diteruskan pada masa akan datang.

Menurut Majidi lagi, daging korban tersebut telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Kampung Masjid dan selebihnya kepada fakir miskin.

 ??  ?? SEDEKAH: Abang Majidi (dua kiri) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima.
SEDEKAH: Abang Majidi (dua kiri) menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia