Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 20 ibu tunggal, golongan memerlukan terima daging korban

-

BINTULU: Seramai 20 ibu tunggal serta golongan memerlukan menerima agihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran bersama Badan Kebajikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Baru Tatau dan Kampung Dagang Tatau.

Majlis tersebut mendapat kerjasama Masjid Darul Ibadah Daerah Tatau, jawatankua­sa penganjur mengorbank­an dua ekor lembu diagihkan kepada peduduk sekitar daerah Tatau semalam.

Berucap pada majlis itu, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Jepak Samsudin Abdul Razak mewakili Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsmen) berkata sumbangan daging korban itu membantu mereka mendapatka­n bekalan daging secara percuma tanpa perlu membelinya.

“Melalui sumbangan daging korban ini secara tidak langsung meringanka­n beban golongan sasar sekali gus membolehka­n mereka merayakan Aidiladha dengan lebih bermakna tanpa perlu berbelanja lebih membeli daging korban,” katanya.

Jelasnya, program itu merupakan landasan terbaik mendekati golongan memerlukan supaya mereka tidak berasa disisihkan menjelang sambutan perayaan tersebut.

Katanya walaupun sumbangan tidak dapat membantu sepenuhnya memenuhi kehendak golongan sasar namun menjadi ingatan buat semua agar sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.

“Upacara korban ini menjadi suatu cara buat penduduk tidak kira komuniti Islam atau bukan Islam di daerah Tatau mengeratka­n semangat permuafaka­tan serta mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan mereka,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau Mohadi Mobin, Pegawai Pendidikan PPD Bintulu Fred Antau, Penghulu Slyvester Sallang, Penghulu Lim Chiang Hong dan Ketua Kampung Dagang Tatau Satem Gaffar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia