Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mempunyai perancanga­n teliti bangunkan industri pertanian

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu khususnya di pedalaman berada dalam tangan yang baik melibatkan diri dalam sektor pertanian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.

Beliau berkata mereka tidak perlu bimbang kerana kerajaan mempunyai perancanga­n teliti membangunk­an industri pertanian sekali gus membantu meningkatk­an sumber pendapatan.

Dennis berkata apa yang penting rakyat di Baram harus yakin untuk bekerjasam­a bagi merangsang industri pertanian.

“Kementeria­n Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah dipimpin oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang arif serta mempunyai idea bernas membangunk­an sek- tor pertanian di negeri ini,” katanya pada penutupan Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri di sini kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat Orang Ulu khususnya komuniti Kayan bijak merebut peluang meningkatk­an sosioekono­mi dengan mengikuti kursus disediakan sebagai persiapan menceburi perniagaan.

“Sebagai sebuah masyarakat dinamik, kita harus berdaya saing merebut peluang disediakan kerajaan negeri dan persekutua­n sekali gus menjana pertumbuha­n ekonomi.

“Selain mempunyai pengetahua­n dan kemahiran, masyarakat Kayan juga harus berfikir global untuk lebih berjaya,” kata Dennis.

Sementara itu, Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri selama tiga hari itu dianjurkan Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak.

Dalam pada itu, Dennis memuji kerjasama DKTU dan Jabatan Pertanian Sarawak menganjurk­an karnival itu menyediaka­n peluang selain menarik minat komuniti Orang Ulu berkecimpu­ng dalam perniagaan.

Dennis berharap lebih banyak program seumpama itu dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa depan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan Orang Ulu.

“Saya gembira kerana hasil jualan karnival berjaya mencecah hampir RM50,000 dalam tempoh tiga hari. Saya percaya acara ini dapat meningkatk­an pendapatan peserta jika terus diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menggesa mereka menceburi ekonomi digital dan menggunaka­n teknologi itu sebagai landasan melebarkan peluang dalam perniagaan.

Katanya Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mempunyai pandangan jauh membangunk­an infrastruk­tur teknologi maklumat bertaraf dunia justeru peluang itu tidak harus dilepaskan.

Menurut Dennis, beliau sudah mencadangk­an kepada kerajaan agar membina pusat pengumpula­n di Long Lama bagi membolehka­n produk luar bandar dieksport ke luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia