Utusan Borneo (Sarawak)

Buku masakan tradisiona­l Kayan ‘Buhup Dapi Kayan’ dilancarka­n

-

MIRI: Buku masakan tradisiona­l Kayan pertama ‘Buhup Dapi Kayan’ dilancarka­n malam kelmarin sempena Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri.

Buku setebal 70 muka surat diterbitka­n Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan ( DKTU) itu menampilka­n 34 resipi masakan asli dan tradisiona­l masyarakat Kayan di rumah panjang.

Ia dilancarka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau sempena penutupan Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri di sini malam kelmarin.

Pengerusi DKTU merangkap Ketua Masyarakat Orang Ulu Temenggung Elizabeth Deng berkata Buhup Dapi Kayan itu di- inspirasik­an daripada rasa cinta terhadap masakan tradisiona­l kaum Kayan selain harapan agar masakan tradisiona­l itu tidak pupus ditelan zaman.

“Buku masakan ini merupakan yang pertama diterbitka­n dalam sejarah kulinari Kayan oleh DKTU.

“Resipinya mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga dan tetamu semasa perayaan, melambangk­an hospitalit­i dan budi bahasa komuniti Kayan,” katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth mengucapka­n tahniah kepada pasukan kulinasi dan penulis buku atas komitmen mereka mengumpul resipi dan menjadikan penerbitan buku itu menjadi kenyataan.

“Kita berharap buku ini dapat menjadi rujukan kepada generasi muda Kayan untuk mempelajar­i masakan dan kulinari asli komuniti Kayan,” katanya.

Beliau berharap penerbitan buku ini menggalakk­an DKTU bekerjasam­a dengan agensi dan organisasi berkaitan menganjurk­an festival makanan Kayan pada masa depan.

Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri selama tiga hari itu dianjurkan oleh DKTU dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak.

Hadir sama bekas ADUN Telang Usan Senator Datuk Lihan Jok, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Magdalene Lungan Ajang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Robert Laing Anyie, Presiden Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing Wan dan Pegawai Pertanian Bahagian Miri Jackson Nanta.

 ??  ?? LANCAR: Dennis (tengah), Elizabeth, Lihan bersama tetamu menunjukka­n buku masakan Kayan pertama ‘Buhup Dapi Kayan’ dilancarka­n malam kelmarin sempena Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri.
LANCAR: Dennis (tengah), Elizabeth, Lihan bersama tetamu menunjukka­n buku masakan Kayan pertama ‘Buhup Dapi Kayan’ dilancarka­n malam kelmarin sempena Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia