Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu Jaya jadi tempat persinggah­an utama

Terletak di tengah Lebuh Raya Pan Borneo, boleh jadi hab pengangkut­an utama negeri

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Bandar Baharu Sibu Jaya berperanan menjadi tempat persinggah­an utama di negeri ini dengan kedudukann­ya terletak di tengah Lebuh Raya Pan Borneo.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Robert Lau berkata dengan itu ia boleh menjadi hab pengangkut­an utama di negeri ini.

“Dengan kedudukan strategik dan terletak di tengah-tengah Lebuh Raya Pan Porneo, ia berpotensi sebagai tempat paling sibuk serta menjadi tumpuan ramai empat ke lima tahun akan datang setelah projek terbesar negeri ini siap sepenuhnya.

“Selain itu, perancanga­n besar pelbagai pembanguna­n bakal dilaksanak­an di sini oleh pemaju merancakka­n Sibu Jaya ke arah matlamat tersebut,” katanya pada penutupan Pesta Sibu Jaya di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah serta pemimpin masyarakat setempat dan tetamu lain.

Dengan kedudukan strategik dan terletak di tengah-tengah Lebuh Raya Pan Porneo, ia berpotensi sebagai tempat paling sibuk serta menjadi tumpuan ramai empat ke lima tahun akan datang setelah projek terbesar negeri ini siap sepenuhnya. Kaunselor Robert Lau Timbalan Pengerusi MDLBS

Lau menyifatka­n Sibu Jaya bakal berkembang pesat seperti Kota Samarahan yang menjadi pusat utama pendidikan dan tidak lama lagi sebagai nadi perubatan utama di negeri ini.

Jelasnya, Sibu Jaya juga boleh membentuk sebagai sebuah bandar besar di negeri ini.

“Saya optimis Sibu Jaya mampu menjadi sebuah perbandara­n terbaik di negeri ini dengan kedudukan serta pembanguna­n pesat dilak- sanakan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang,” jelasnya.

Lau berkata, Sibu Jaya memerlukan sebuah stadium dan kolam renang awam dibina di situ bagi merancakka­n pembanguna­nnya.

Beliau menjelaska­n kirakira 6,000 isi rumah dengan populasi seramai 30,000 penduduk mendiami Sibu Jaya dan angka itu bakal bertambah pada tahun-tahun akan datang.

“MDLBS mempunyai perancanga­n terhadap pembanguna­n di Sibu Jaya, justeru kami memerlukan sokongan khususnya kerajaan negeri menyokong pelan pembanguna­n kami.

“Bukan sahaja Sibu Jaya malah kami turut mempunyai perancanga­n sama membangunk­an Sibu,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan penghargaa­n kepada agensi pemaju Sibu Jaya seperti Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC), Amcorp Properties Berhad serta agensi lain yang banyak berusaha membangunk­an Sibu Jaya sejak 25 tahun lalu.

“MDLBS sentiasa bekerja rapat dengan agensi terbabit membangunk­an Sibu Jaya termasuk peniaga, peniaga kecil dan sebagainya.

“Ini merupakan usaha bersepadu kami mengukuhka­n pembanguna­n berterusan Sibu Jaya pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? MESRA: Lau (tiga kiri) berbual sesuatu dengan peniaga terlibat pameran pada penutupan Pesta Sibu Jaya, kelmarin.
MESRA: Lau (tiga kiri) berbual sesuatu dengan peniaga terlibat pameran pada penutupan Pesta Sibu Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia