Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan gerai Pesta Kuih Bulan masih dibuka

-

KUCHING: Permohonan mendapatka­n gerai jualan sempena Pesta Kuih Bulan yang akan diadakan di pekan lama Batu Kawa pada 30 September hingga 8 Oktober masih dibuka untuk tempahan.

Anjuran Persatuan Pengelola Pekan Lama Batu Kawa, lebih 100 gerai jualan disediakan untuk peniaga kecil-kecilan menjana pendapatan.

Tempahan gerai boleh dibuat dengan menghubung­i ketua perancanga­n iaitu Gary di talian 010-7922988 atau Steven (016-8665280).

Menurut jurucakap penganjur, ini merupakan tahun kedua pesta ini dianjurkan dengan tujuan memelihara serta mempromosi­kan budaya tradisi masyarakat Cina.

Pesta Kuih Bulan katanya, merupakan salah satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dalam kalangan masyarakat Cina sejak turun menurun.

“Pesta ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

“Berkonsepk­an 1Malaysia, pesta ini akan dibuka kepada orang ramai bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam.

“Kami berharap pesta ini akan dapat mencapai objektifny­a selain membantu masyarakat tempatan menjana pendapatan dengan terlibat dalam aktiviti jualan,” katanya.

MPP turut merancang membuka pasar malam pada setiap hujung minggu di pekan lama Batu Kawa selepas tamatnya pesta itu nanti.

Satu laluan alternatif baharu juga akan dibuka menuju terus ke pekan lama itu bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke pekan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia