Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50

Tidak tunggu hingga 2050, input disuara menerusi dialog direalisas­i secara berperingk­at

-

KUALA LUMPUR: Bajet 2018 yang bakal dibentangk­an Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaika­n menerusi siri dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanak­an input- input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisas­ikannya secara berperingk­at.

“Dialog TN50 ini (membincang­kan hal- hal) bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.

“Sebagai contoh, perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan hanya akan dapat dilihat hasilnya pada dua tiga generasi akan datang,” katanya ketika sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut memberikan bayangan beberapa berita baik akan diumumkan khusus bagi wanita pada pemben- tangan belanjawan itu, yang dijadual pada 27 Okt.

“Saya tidak mahu beritahu sekarang,” katanya.

Perdana Menteri berkata Bajet 2018 mengambil kira hasil pendapatan negara sebelum memutuskan untuk mengeluark­an sebarang peruntukan.

Menyifatka­n pengurusan belanjawan negara seperti menguruska­n perbelanja­an rumah tangga, Najib berkata kerajaan tidak boleh membelanja­kan kesemua wang yang ada kerana jika kerajaan berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.

“Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST ( cukai barang dan perkhidmat­an).

“Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?” katanya.

Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata pembangkan­g yang mahu hapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan. — Bernama

 ?? — Gamabr Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Najib (kiri) berucap pada Sambutan Hari Wania Kebangsaan dan Dialog TN50 di ibu negara semalam. Turut hadir Rohani.
— Gamabr Bernama BERKONGSI IDEA: Najib (kiri) berucap pada Sambutan Hari Wania Kebangsaan dan Dialog TN50 di ibu negara semalam. Turut hadir Rohani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia