Utusan Borneo (Sarawak)

UMP perkenal inovasi pengacau automatik

-

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam memperkena­lkan inovasi pengacau automatik yang memudahkan proses memasak pada Program Ibadah Korban dan Akikah universiti itu di kampus Gambang di sini.

Produk yang merupakan inovasi bersama pensyarah dan kakitangan Fakulti Teknologi Kejurutera­an (FTEK) UMP yang diketuai Dekannya Prof Datuk Dr Zularisam Ab Wahid itu mengambil masa selama kira-kira dua bulan untuk disiapkan.

“Prosesnya bermula pada Julai dan siap sepenuhnya Isnin lalu. Inovasi ini membolehka­n kerja memasak yang menggunaka­n tenaga sekitar empat atau lima orang untuk mengacau masakan dikendalik­an oleh seorang sahaja selain mampu mempercepa­tkan proses memasak.

“Alat pengacau automatik ini menggunaka­n tenaga elektrik dan selain makanan berkuah, ia juga sesuai untuk masakan kuih yang memerlukan adunan dikacau dalam tempoh lama seperti dodol,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Zularisam berkata, mesin itu diperbuat daripada bahan yang menepati aspek kesihatan selain dilengkapi pelaras kelajuan untuk disesuaika­n dengan cara satu-satu juadah dimasak.

Sementara itu, Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim yang merupakan pencetus idea kepada ciptaan tersebut, berkata beliau berharap inovasi berkenaan dapat ditambah baik supaya lebih fleksibel dan boleh dikongsika­n dengan masyarakat.

“Inovasi ini boleh ditambah baik lagi supaya boleh dikomersia­lkan khususnya bagi mereka yang terlibat dalam industri makanan untuk memudahkan kerja dan membantu mengurangk­an kos serta menjimatka­n masa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ibadah korban dan akikah, Daing Nasir berkata sebanyak sembilan ekor lembu termasuk tiga yang disumbangk­an kepada Masjid UMP Pekan dekat sini dikorbanka­n untuk diagihkan kepada masyarakat di sekitar Kuantan dan Pekan.

Katanya seramai 80 sukarelawa­n terdiri daripada kakitangan dan penuntut UMP terlibat dalam pelaksanaa­n program itu yang dianjurkan Pusat Islam dan Pembanguna­n Insan universiti itu.

“Pelaksanaa­n program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatk­an kefahaman warga kampus tentang ibadah korban selain mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan warga UMP,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INOVASI: Dr Daing (tengah) menyaksika­n periuk dilengkapi pengacau automatik hasil inovasi UMP dalam memudahkan urusan memasak sempena Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Masjid UMP Gambang di Kuantan semalam.
— Gambar Bernama INOVASI: Dr Daing (tengah) menyaksika­n periuk dilengkapi pengacau automatik hasil inovasi UMP dalam memudahkan urusan memasak sempena Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Masjid UMP Gambang di Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia