Utusan Borneo (Sarawak)

Haji: M’sia rakam penghargaa­n kepada Arab Saudi

-

MINA: Malaysia menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang cemerlang menguruska­n lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia pada musim haji tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi.

Pada Sabtu di sini, Asyraf Wajdi yang mewakili kerajaan Malaysia, bersama wakil kerajaan negara lain, menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, Putera Mohamad Salman.

Sementara pada Jumaat, beliau mengetuai delegasi Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan pertemuan rasmi dengan Gabenor Makkah Putera Khalid al-Faisal AlSaud.

Pada kedua- kedua pertemuan itu, Asyraf Wajdi turut menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas layanan diberikan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.

Asyraf Wajdi berkata beliau juga menyampaik­an hasrat kerajaan mempelawa Putera Mohamad datang ke Malaysia untuk merasmikan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) di Kuala Lumpur.

“Dalam pertemuan itu, Putera Mohamad dalam gurauannya menyatakan, ini janji saya kepada Perdana Menteri (Najib) dan (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Hishammudd­in (Tun Hussein), ‘sudah tentu saya tidak pernah melanggar janji’...ia sesuatu yang positif dalam suasana amat ceria,” katanya.

Beliau berkata usaha kerajaan Arab Saudi mengen- dalikan pergerakan jemaah haji terbesar dalam tempoh lima hari melibatkan empat kawasan utama -Masjidilha­ram, Arafah, Muzdalifah dan Mina - bukannya sesuatu yang mudah, dan disifatkan­nya sebagai ’amat luar biasa’’.

Dalam pada itu, ketika pertemuan dengan Putera Khalid al-Faisal di pejabatnya, Asyraf Wajdi mengambil peluang memaklumka­n secara rasmi hasrat dan cadangan Malaysia melalui TH untuk bekerjasam­a dengan kerajaan Arab Saudi berhubung pembinaan Kompleks TH di Mekah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia