Utusan Borneo (Sarawak)

IKM, NREB anjur Seminar Pemelihara­an Alam Sekitar Untuk Kemapanan

-

KUCHING: Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) akan menganjurk­an Seminar Pemelihara­an Alam Sekitar Untuk Kemapanan di Hotel Imperial dari 31 Oktober hingga 1 November 2017.

Bertemakan ‘Menuju Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Kita Untuk Generasi Masa Depan Kita’, seminar selama dua hari itu akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n dan Sumber Asli Kedua.

Pengerusi IKM Sarawak Dr Alvin Chai berkata seminar itu akan menghimpun­kan pakarpakar alam sekitar, pembuat dasar dan pihak berkepenti­ngan untuk berkongsi pengalaman serta usaha memelihara alam sekitar bagi mempromosi­kan pembanguna­n lestari di Sarawak.

“Seminar ini akan membincang­kan beberapa topik berkisar kepada dasar-dasar alam sekitar, pembanguna­n lestari dan pengurusan sisa buangan dalam pelbagai industri.

“Menerusi platform ini, diharap pemahaman lebih baik dapat dipupuk dalam kalangan pihak berkepenti­ngan membawa kemungkina­n kerjasama dalam mengurus dan memelihara Sarawak, Bumi Kenyalang,” katanya.

Beliau berkata beberapa penceramah daripada sektor kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi, penyelidik, pemain industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengesah akan menyampaik­an ceramah dalam pelbagai topik pemelihara­an.

Penceramah-penceramah antaranya mewakili WWF Malaysia, NREB, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak Energy, Swinburne University of Technology, Consultant Sunrich Biotech Sdn Bhd, Universiti Kebangsaan Malaysia, IKM, Jabatan Pertanian Sarawak, Universiti Malaya, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Jabatan Kimia Malaysia, Lembaga Kelapa Sawit Malaysia dan Chemsain Konsultant Sdn Bhd.

Dua kertas kerja utama akan dibentang pada seminar ini, pertama ‘ Dasar Alam Sekitar Sarawak: Melangkah ke Hadapan’ yang akan disampaika­n oleh Kontroler NREB Peter Sawal.

Manakala kertas kerja utama kedua akan disampaika­n oleh Elizabeth Nyomek juga daripada NREB bertajuk ‘Audit Alam Sekitar: Pelaksanaa­n Pelan Haja Tuju’.

Agensi kerajaan dan swasta, pemain industri daripada sektor perladanga­n, pertanian, perhutanan, kuasa hidro, perikanan serta pelajar dijemput menghadiri seminar ini.

Sebarang pertanyaan, pendaftara­n dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada Dr Alvin Chai menerusi e-mel ( chailk@ sarawak. gov. my), Hazalinawa­ti Zailani (hazalinawa­ti@ kimia. gov. my), Profesor Madya Dr Sim Siong Fong (sfsim@unimas.my)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia