Utusan Borneo (Sarawak)

Kuala Perlis pilihan sindiket seludup hidupan liar

Terletak kira-kira 40km dari sempadan Padang Besar, laluan yang terdekat dari Indonesia ke Thailand

-

BANGKOK: Berikutan lokasinya yang strategik, bandar Kuala Perlis telah menarik perhatian sindiket penyeludup­an hidupan liar untuk menggunaka­n bandar sunyi di tepi pantai itu sebagai laluan untuk menyeludup pelbagai haiwan eksotik ke China.

Ditangkap di hutan-hutan di Indonesia, haiwan eksotik berkenaan termasuk tenggiling, malah orang utan terpaksa mengharung­i perjalanan sukar menyeberan­gi lautan untuk dibawa ke Kuala Perlis, Padang Besar, Hatyai dan Laos sebelum sampai ke destinasi utama, China.

“Sindiket memilih laluan Padang Besar kerana ia laluan terdekat dari Indonesia ke Thailand.

Mereka ( penyeludup hidupan liar) menggunaka­n bot dari Indonesia ke pelabuhan Kuala Perlis di Malaysia dan kemudianny­a ke Thailand.

“(Kuala Perlis) hanya terletak kira-kira 40km dari sempadan Padang Besar,” kata Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Kastam Padang Besar Arthit Visuttisma­jarn kepada Bernama baru-baru ini mengenai faktor kedekatan di antara Kuala Perlis ke sempadan Thailand-Malaysia.

Menurutnya, Kuala Perlis-

Mereka (penyeludup hidupan liar) menggunaka­n bot dari Indonesia ke pelabuhan Kuala Perlis di Malaysia dan kemudianny­a ke Thailand. Arthit Visuttisma­jarn Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Kastam Padang Besar

Padang Besar hanya merupakan satu daripada banyak laluan digunakan sindiket penyeludup­an untuk membawa ‘barangan’ mereka ke China, bagi memenuhi peningkata­n permintaan di negara itu bagi haiwan eksotik.

Menurutnya, sekiranya penyeludup berjaya melepasi sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, haiwan eksotik itu akan diserahkan kepada anggota sindiket di Hatyai, yang akan membawanya ke sempadan Thailand-Laos dan seterusnya ke China.

Hatyai merupakan laluan transit penting bagi sindiket penyeludup­an hidupan liar. Pegawai kastam Thailand telah mengenal pasti kirakira 11 ‘kawasan berisiko’ di sepanjang 12km di sempadan Thailand- Malaysia yang memisahkan Perlis dan daerah Sadao, Songkla, yang digunakan penyeludup hidupan liar dan telah meningkatk­an pengawasan.

Arthit berkata pada 7 Jun tahun ini, anggotanya berjaya memintas penyeludup­an spesies penyu yang diancam kepupusan dan batu karang jarang ditemui di sempadan.

Tetapi rampasan terbesar hidupan liar eksotik pada tahun ini adalah pada 21 Julai di Pusat Pemeriksaa­n Imigresen di Padang Besar apabila mereka berjaya menahan sebuah trak pikap berdaftar di Malaysia yang membawa pelbagai haiwan diancam kepupusan termasuk sepasang orang utan berumur dua bulan yang disembunyi­kan dalam beg pakaian.

Haiwan eksotik lain yang dirampas daripada trak itu ialah kura-kura spesies Hamilton dan Indian Star serta enam ekor rakun, katanya dan menurutnya pemandu kenderaan itu warga Malaysia berumur 63 tahun turut ditahan untuk siasatan.

Jika sabit kesalahan, lelaki warga Malaysia itu berdepan hukuman penjara 10 tahun dan menurut Arthit, lelaki itu mendakwa dia dibayar untuk menghantar haiwan berkenaan kepada seorang lelaki di Hatyai.

Sementara pada 31 Ogos di provinsi Prachuab Khiri Khan, Kastam Thailand merampas 136 ekor tenggiling dan 450kg sisik haiwan itu yang didakwa berasal dari Indonesia dan diseludup masuk ke Thailand melalui Malaysia.

Sisik haiwan dilindungi itu digunakan bagi perubatan tradisiona­l Cina dan untuk dihantar ke China, menurut pegawai kastam.

Menurut Arthit, Kastam Padang Besar berjaya merampas lebih 500 ekor tenggiling di pusat pemeriksaa­n sempadan itu dalam tempoh beberapa tahun lepas.

Kebanyakan tenggiling itu, katanya adalah dari Indonesia dengan Thailand dijadikan ‘pusat transit’ oleh sindiket sebelum dibawa ke utara untuk dihantar ke China. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? STRATEGIK: Kedudukan Kuala Perlis yang strategik telah menarik perhatian sindiket penyeludup­an haiwan eksotik untuk menjadikan­nya salah satu laluan penyeludup­an haiwan seperti tenggiling yang bermula dari Indonesia ke Thailand, Laos dan China.
— Gambar Bernama STRATEGIK: Kedudukan Kuala Perlis yang strategik telah menarik perhatian sindiket penyeludup­an haiwan eksotik untuk menjadikan­nya salah satu laluan penyeludup­an haiwan seperti tenggiling yang bermula dari Indonesia ke Thailand, Laos dan China.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Orang Utan antara haiwan eksotik yang menjadi mangsa penyeludup­an.
— Gambar Bernama TUMPAS: Orang Utan antara haiwan eksotik yang menjadi mangsa penyeludup­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia