Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Mohamad Fuzi sebagai KPN keputusan kerajaan melalui SPP

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjay­a Pasukan Polis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata suruhanjay­a itu juga bersetuju mengekalka­n Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Jawatan (Noor Rashid) bagaimanap­un dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjay­a turut memutuskan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini semalam.

Mohamad Fuzi menggantik­an Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib semalam.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Khalid adalah seorang yang ‘ luar biasa’ kerana sifat kesetiaann­ya yang tidak pernah luntur walau dalam apa jua situasi.

Ahmad Zahid berkata, bekas Ketua Polis Negara itu juga telah berjaya menyelesai­kan segala permasalah­an dengan amalan profesiona­lisme sepanjang menjalanka­n tanggungja­wabnya.

“Apabila saya mengarahka­n Ops Cantas Khas dibuat sewaktu mula- mula saya diberi tanggungja­wab sebagai Menteri Dalam Negeri, ia dijayakan tanpa persoalan oleh beliau (Khalid) sendiri.

“Saya telah arahkan tiga pasukan elit diwujudkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsteris­me (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang mana arahan datang daripada saya kepada Tan Sri Khalid dan ia dilaksanak­an bagi menangani semua permasalah­an berbeza terus ke sasaran dan tidak melalui hierarki,” katanya.

Ahmad Zahid berkata penubuhan ketiga-tiga pasukan elit itu telah menurunkan indeks kadar jenayah kepada 47 peratus secara metodologi konvension­al atau 100 peratus jika menggunaka­n piawaian antarabang­sa berdasarka­n setiap 100,000 penduduk.

“Saya akan bertindak secara profesiona­l iaitu soal dasar saya akan tentukan tetapi soal operasi saya tidak akan campur tangan dan saya beri kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis kerana ia menjadi amalan buat saya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut meluahkan harapan kepimpinan baharu yang diterajui Mohamad Fuzi da- pat menaikkan prestasi dan kecemerlan­gan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksika­n majlis menandatan­gani dokumen dan penyerahan tugas jawatan nombor satu dalam PDRM itu antara Mohamad Fuzi dan Khalid yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama empat tahun sejak 2013.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Mohamad Fuzi menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Jan 1984 sebagai Kadet ASP di PULAPOL. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.

Beliau juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama dua bulan pada 2014. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI TERAKHIR: Khalid bersama isteri Puan Sri Imran Ibrahim sambil mendukung cucunya Farish Haikal Mohamad Adlan ketika Majlis Perarakan Terakhir Bekas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) dekat Kuala Lumpur, semalam..
— Gambar Bernama HARI TERAKHIR: Khalid bersama isteri Puan Sri Imran Ibrahim sambil mendukung cucunya Farish Haikal Mohamad Adlan ketika Majlis Perarakan Terakhir Bekas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) dekat Kuala Lumpur, semalam..
 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Ahmad Zahid (tengah) menyaksika­n penyerahan tongkat kuasa daripada Khalid kepada Mohamad Fuzi (kanan) pada majlis serah terima tugas
— Gambar Bernama SAKSI: Ahmad Zahid (tengah) menyaksika­n penyerahan tongkat kuasa daripada Khalid kepada Mohamad Fuzi (kanan) pada majlis serah terima tugas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia