Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar dadah ditahan bersama heroin di Perai

-

BUTTERWORT­H: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya 6, Perai di sini dan merampas heroin bernilai hampir RM1,000 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis menyerbu rumah lelaki berusia 27 tahun itu dan merampas heroin seberat 36 gram dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

“Dipercayai suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran bahan terlarang itu sejak awal tahun ini dan dipercayai mendapatka­n bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkus­nya dalam kuan- titi kecil dan menjual kepada pelanggan di sekitar daerah Seberang Perai Utara,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu turut positif dadah dan kini direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Nik Ros Azhan berkata polis juga kini sedang mengesan sindiket pengedaran dadah yang membekal dadah kepada lelaki itu.

Dalam kes berasingan, katanya polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal sebelum meleraikan komponenny­a dan menjual dengan harga murah dalam serbuan di sebuah rumah di Cherok Tokus Atas, Bukit Mertajam pada hari sama.

“Susulan penahanan lelaki berusia 22 tahun itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ warna hitam yang dilaporkan hilang baru-baru ini di Machang Bubok,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam kegiatan curi motosikal sejak beberapa bulan lepas dan sasarannya adalah jenis Yamaha RXZ kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan mat rempit.

“Dia akan meleraikan komponen motosikal itu dan menjual spare part atau terus menjual sebiji motosikal yang dicurinya kepada pembeli dengan harga murah. Lelaki berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia