Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri melecur dalam kebakaran rumah kedai

-

BALING: Sepasang suami isteri melecur teruk dalam kebakaran membabitka­n tujuh buah rumah kedai di Kampung Bandar, Mukim Siong di sini awal pagi semalam. Nazri Ismail, 40, dan isterinya Salawati Romli, 39, melecur pada kedua-dua tangan serta badan mereka.

“Paru- paru Nazri turut dimasuki asap dan dia kini sedang dirawat di Hospital Baling dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar jika keadaannya semakin teruk.

“Namun mereka terlebih dahulu berjaya mengeluark­an anak-anak mereka yang sedang tidur sebelum rumah kedai yang menjadi kediaman mereka musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam),” kata Mustaqim, 20, iaitu adik kepada Salawati.

Dia berkata abang iparnya itu melecur teruk kerana dia menyerbu semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci keretanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Abu Malik berkata pihaknya menggegask­an 18 anggota bersama tiga jentera ke tempat kejadian.

Punca kebakaran belum diketahui, katanya.

Premis terbabit terdiri daripada sebuah stor menyimpan motosikal, sebuah kedai makan dan lima kedai runcit.

Sementara itu Pegawai Daerah Baling, Md Shuhaime Abdul Rahman berkata kira-kira 50 mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu akan diberikan bantuan susulan sewajarnya dengan bantuan awal berupa wang tunai RM500 sudah diagihkan kepada mereka.

“Sebagai permulaan Pejabat Daerah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mengedarka­n kit bantuan bencana, wang tunai berjumlah RM500 serta bantuan makanan kepada semua mangsa.

“Bagi bantuan seperti tilam dan bantal, akan disalurkan melalui Pejabat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Baling.

Kita akan menyalurka­n semua bantuan yang dirasakan perlu kerana mangsa kini hilang punca pendapatan sepenuhnya buat jangka masa yang panjang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia