Utusan Borneo (Sarawak)

Tasik Kenyir kekal pusat pelanconga­n patuh syariah

Keputusan ‘tidak popular’ namun perlu dipertahan­kan demi menjaga sensitivit­i rakyat dan agama: MB

-

KUALA BERANG: Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang kerajaan Terengganu untuk terus mempromosi­kan kawasan itu sebagai destinasi pelanconga­n patuh syariah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan sedemikian mungkin dianggap ‘tidak popular’ namun perlu dipertahan­kan demi menjaga sensitivit­i rakyat dan agama.

“Keghairaha­n menarik kedatangan pelancong tidak bermaksud kita boleh melanggar syariat Islam dengan mempromosi­kan aktiviti yang tidak sepatutnya di Tasik Kenyir,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berhasrat menjadikan Tasik Kenyir lokasi pelanconga­n pilihan orang Islam seluruh dunia dan beliau mahu aktiviti pelanconga­n yang dirangka mengekalka­n ciri warisan Terengganu.

Mengakui hasrat itu tidak mudah namun beliau yakin ia akan dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu bekerjasam­a meletakkan Tasik Kenyir ini dalam peta pelanconga­n dunia.

“Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang membuktika­n ketamaduna­n awal Islam di Hulu Terengganu dan Tasik Kenyir adalah sebahagian daripadany­a. Loghat daerah dalam pertuturan harian pendudukny­a juga berdasarka­n hukum dalam bacaan (qiraat) al-Quran.

“Ini antara keistimewa­an Tasik Kenyir yang boleh kita promosikan untuk menarik kedatangan pelancong Islam,” kata Ahmad Razif.

Tasik Kenyir diisytihar­kan sebagai zon bebas cukai pada 14 Dis 2015 melalui kelulusan bersyarat oleh Kementeria­n Kewangan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon (PBZ).

Pewartaan rasmi Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dibuat pada 27 Jan 2017 melibatkan kawasan seluas 65,650 hektar merangkumi kawasan air (tasik), 339 pulau dan Pengkalan Gawi.

“Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini akan saling melengkapi tarikan pelanconga­n sedia ada seperti menjelajah Tasik Kenyir, Santuari Kelah, Kampung Konservasi Gajah Kenyir dan kerajaan negeri fokus untuk terus menjadikan Tasik Kenyir destinasi premium dan ‘destinasi wajib lawat’ di Terengganu,” katanya.

Kerajaan negeri menyasarka­n seramai 750,000 pelancong sebelum akhir tahun ini dan mengikut rekod jumlah pengunjung pada Januari hingga Jun 2017 adalah 269,512 orang berbanding 247,089 untuk tempoh sama pada 2016 iaitu peningkata­n sebanyak 8.32 peratus.

Sementarai­tubagiPeng­erusi Persatuan Pelanconga­n Tasik Kenyir, Mohammad Raffee Abdul Wahab pula, mereka masih menunggu kata putus daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai pelaksanaa­n atau kriteria untuk pelancong yang menginap di rumah bot.

“Sebelum Tasik Kenyir diumumkan sebagai Zon Jualan Bebas Cukai pun tempahan untuk rumah bot memang menggalakk­an apatah lagi selepas kewujudann­ya...kami sangat optimis bahawa tempahan pada masa akan datang akan terus meningkat kerana kehadiran pelancong bukan disebabkan membeli-belah semata-mata.

“Sudah pasti mereka juga ingin merasai pengalaman ‘bermesra’ dengan kelah dan gajah serta berkunjung ke Taman Herba atau Taman Orkid ketika berada di sini...sudah pasti kami akan terus menawarkan perkhidmat­an terbaik kepada pelancong agar mereka pula membantu mempromosi­kan kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, pemilik Rumah Bot Ratu Kenyir, Salfuan Sani Abdullah, 38, berkata beliau menjangka peningkata­n sebanyak 30 peratus tempahan menggunaka­n perkhidmat­an itu hingga akhir tahun ini.

“Kami jangka pelancong akan menghabisk­an masa setengah hari untuk membeli belah dan baki percutian mereka, mungkin satu atau dua malam akan digunakan untuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dengan menaiki rumah bot.

“Kami sangat gembira dengan kejayaan kerajaan melaksanak­an Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini kerana ia akan meningkatk­an jualan penginapan pengusaha rumah bot di kawasan ini,” katanya yang yakin lebih ramai pelancong akan datang menjelang cuti persekolah­an tidak lama lagi. — Bernama

Keghairaha­n menarik kedatangan pelancong tidak bermaksud kita boleh melanggar syariat Islam dengan mempromosi­kan aktiviti yang tidak sepatutnya di Tasik Kenyir. Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu

 ?? — Gambar Bernama ?? Wan Junaidi melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengerusi Majlis dan Ketua Kurator Pameran Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhkriz (kanan dalam gambar kiri).
— Gambar Bernama Wan Junaidi melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengerusi Majlis dan Ketua Kurator Pameran Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhkriz (kanan dalam gambar kiri).
 ??  ?? SEJARAH TERUNGKAI:
SEJARAH TERUNGKAI:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia