Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud semula Fakulti Sains Tulen di UiTM Kuala Pilah

-

media selepas melawat pameran itu, semalam.

AHM diberi hak menyewa dan menjaga Carcosa oleh Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n, Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian Persekutua­n yang terletak di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar sejak Mac tahun ini bagi menubuhkan muzium warisan di bangunan itu.

AHM juga mengambil langkah membaiki dan memulihara bangunan itu.

WanJunaidi­berkatacab­aran sekarang ialah memulihara bangunan tersebut yang terbiar selama lapan tahun dan sebarang kerja pembaikan harus mendapat kelulusan daripada kementeria­nnya.

Pameran ‘Jalan Merdeka’ bermula 1 Sept lalu dan dibuka kepada umum dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman Facebook ‘Jalan1957’ atau Instagram -@JalanMerde­ka. — Bernama KUALA PILAH: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang supaya mewujudkan semula Fakulti Sains Tulen di kampusnya di sini supaya pembinaan kampus itu dapat dimanfaatk­an sepenuhnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebelum ini, fakulti berkenaan sememangny­a ditempatka­n di kampus itu yang ditubuhkan pada 1999 sebelum berpindah ke UiTM Seremban 3 dan Pilin, Rembau selepas kedua-dua kampus berkenaan siap sepenuhnya masing-masing pada Januari 2014 dan 2016.

“Saya setuju supaya diadakan satu rundingan meja bulat dengan kepimpinan UiTM pusat supaya meneliti semula kaedah menetapkan sains tulen sahaja di sini (kampus Kuala Pilah). Fakulti bagi subjek sains tulen ini merupakan fakulti yang tidak ramai pelajar.

“Ini bukan sahaja di UiTM tetapi juga di mana- mana universiti pelajar Melayu tidak ramai mengambil kursus ini. Jadi untuk memastikan supaya kemudahan yang telah ada di UiTM Kuala Pilah ini, kita tak perlu lagi bina bangunan asas yang boleh tampung sebanyak 5,000 orang.

“Dulu pelajar-pelajar ini yang belajar di Seremban dan Pilin ditumpangk­an ke kampus ini sekali gus meningkatk­an ekonomi penduduk setempat tetapi selepas dua kampus itu siap mereka berpindah ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah mampu milik ‘type A’ yang berharga RM80,000 ke bawah seunit kepada 50 penerima di Taman Senimas di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan, Exco Perpaduan dan Integrasi Nasional Datuk Ismail Lasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh Datuk Mohammad Razi Kail.

UiTM Kuala Pilah mampu menampung sejumlah 5,000 pelajar daripada tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer serta Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Sebanyak 50 peratus daripada keseluruha­n pelajar disediakan kemudahan tempat tinggal manakala bakinya terpaksa menyewa di luar kampus.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata lambakan pelajar UiTM di Kuala Pilah telah banyak membantu membangunk­an ekonomi masyarakat setempat termasuk mereka yang memberikan kediaman untuk disewa.

Namun ia kembali suram selepas pelajar-pelajar tersebut berpindah ke kampus lain.

Mengenai rumah mampu milik, Mohamad berkata ia merupakan satu jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri menerusi Dasar Perumahan Negeri Sembilan bagi memastikan rakyat akan terus mampu memiliki kediaman pada harga mampu milik.

“Selagi BN memerintah, harga rumah akan dapat dikawal oleh kerajaan negeri menerusi dasar yang kita buat. Perumahan ini dibangunka­n di tanah seluas 100 ekar (40 hektar) yang mana sebanyak 129 unit rumah mampu milik telah dibina setakat ini dan seramai 50 orang menerimany­a hari ini manakala selebihnya masih menunggu kelulusan daripada bank,” katanya.

Menteri Besar berkata kediaman tersebut bagaimanap­un hanya layak kepada mereka yang bergaji RM3,000 dan ke bawah serta belum memiliki rumah atau tanah.

“Ini adalah untuk mensejahte­rakan kehidupan masyarakat,” katanya dan menambah bahawa pada penghujung bulan ini akan dibuka permohonan untuk 831 rumah mampu milik di Mambau, Rembau dan orang ramai perlu memohon di unit perumahan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia