Utusan Borneo (Sarawak)

Kesukaran dapat anak lembu kekang usaha tingkatkan bekalan lembu tempatan: Zainal

-

SEREMBAN: Kesukaran mendapatka­n anak lembu mengekang usaha penternak untuk meningkatk­an bekalan daging lembu tempatan bagi menampung keperluan domestik, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan.

Beliau berkata buat masa ini penternak mendapatka­n bekalan dari Thailand, Myanmar dan Kemboja.

“Bagaimanap­un, struktur ekonomi China yang semakin baik menyebabka­n negara itu agresif mengimport secara borong anak- anak lembu untuk diternak, sekali gus mem- beri kesan kepada penternak tempatan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Korban Perdana LPP 2017 anjuran Majlis Kebajikan, Sukan dan Rekreasi LPP di Masjid Kariah Batu 10, Labu dekat sini, semalam.

Sambil mengakui bekalan daging lembu tempatan tidak mencukupi terutama ketika perayaan Aidiladha, beliau berkata LPP kini mencari inisiatif untuk menambah pengeluara­n lembu tempatan.

Ini termasuk peladang khususnya golongan muda terlibat dalam penternaka­n lembu daging dan lembu susu, katanya.

“Kami juga berharap kerjasama kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar supaya padang ragut terbiar dapat dimanfaatk­an sepenuhnya bagi aktiviti penternaka­n lembu,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah LPP Datuk Mohd Salim Taha serta Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi, sebanyak 18 ekor lembu sumbangan LPP dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan dikorbanka­n dan daging diagih kepada asnaf. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia